Tuesday, 9 September 2014
Bye-bye KKJM
Aku dah berpindah dari KKJM ke KK AMPANG, alhamdulilah rezeki aku dapat sebab nak kahwin.Aku dapat transfer ke semenanjung lagi 2minggu aku nak kahwin, nanti entri lain aku buat cerita kenduri kahwin .Rasa sedih sebab dah setahun lebih aku kerja dekat KKJM, banyak pengalaman aku dapat dekat sana.Sedih nak tinggal kawan-kawan semua tapi adat la, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Dieorang buat jamuan buka puasa dekat steamboat sempena aku nak berpindah balik semenanjung, selain dari itu dapat hadiah kenangan dari warga KKJM, rasa terharu sangat.Walaupun sekejap aku dekat sana tp rasa macam bertahun kenal dengan dieorang.Ada rezeki kita jumpa lagi ya.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Friday, 4 July 2014
Menu Ramadhan
Alhamdulilah sudah masuk 7 hari umat islam berpuasa.Disini aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga bulan yang mulia ini diberkati.Sepanjang 7 hari berpuasa dua tiga menu dah aku masak sebagai juadah berbuka puasa.Jangan terliur plak kan tak pasal batal posa korang semua.Salam ramadhan untuk semua.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Ayam masak kicap |
Ayam masak tempoyak |
Solok ikan |
Ikan masak asam pedas |
Kuih butir nako |
Nasi kerabu |
Ayam percik |
Nurses Day
Sebenarnya nurses day bulan 5 lagi, tapi kitaorang dekat klinik baru je berpeluang menyambutnya baru-baru ini.Kitaorang buat sambutan ni dekat Hartz Chicken di Sarawak Plaza.Makanan yang dihidangkan boleh tahan dan banyak jugak la pilihan makanan.Dekat sini makanan dihidangkan secara buffet, sebenarnya bahaya kalau makanan dihidangkan secara buffet ni tambah-tambahan untuk orang seperti aku ni, sebab boleh lupa diri makan sehabis mahu.hihi.Memang kenyang sangat-sangat la kan, nak makan sedikit rugi pulak fikir dah bayar kan, alasan sebenarnya memang nak makan banyak kan.hahahha.Apa pun happy nurses day kepada semua yang bergelar jururawat.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Nyum nyum |
Bbq @ KKJM
Bulan 6 yang lepas, bertarikh 14.6.14 klinik aku ada mengadakan bbq sempena hari gawai.Memang best menu yang disediakan, ayam dan jugak hot dog bakar.Selain tu, ada jugak menu lain seperti bihun goreng, nasi putih dan ayam masak pansuh.Memang sedap sangat ayam masak pansuh yang dibuat dan dibakar oleh rakan sekerja aku dekat klinik.Ayam pansuh yang dimasak didalam buluh lagi sedap dan terasa manis ayamnya.Selain dari itu, ada jugak dibuat sambutan hari jadi untuk staff yang lahir dari bulan 4 hingga bulan 6 dan jugak pencarian nombor yang tersembunyi, alhamdulilah aku jugak dapat satu hadiah sebab jumpa cari nombor yang tersembunyi.Aktiviti sebegini yang diadakan dapat merapatkan tali silalturahim antara satu sama lain.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Abaikan perut ku yang agk2 muncit tu |
Bersemangat mek eri kalau bab make |
Yeay dapat hadiah..hihi |
Ayam pansuh dalam buluh |
Mek eri bergambar je bkn nk tolong bakar pun.hihi |
Popular Posts
-
Tengok dari tajuk,korang agak la apa benda maksud ayat tu?.Mula-mula sekali aku tengok ayat tu,aku ingat ucapan selamat hari guru,tapi terny...
-
Asalamualaikum sain-sain belako ter,wt gapo eh belako,make doh ko???.Esok cuti sebab hari wesak,ni yang untung tinggal kt Malaysia ni.Malays...
-
Korang pernah dengar tak mee celup,kalau tanyo orang kelate menipu la tak tau,sebab mee celup memang famous kat kelate.Aku rasa memang tak a...