Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: March 2014

Sunday 16 March 2014

Home made sushi

Hari ni,mood aku ala-ala jepun gitu,sebab aku merajinkan diri membuat sushi.Sebelum ni aku pernah kerja sushi king,jadi dari situ la aku mula makan dan kenal sushi dan makanan jepun yang sewaktu dengannya,tapi banyak dah nama ak lupa.Ok,untuk buat sushi ni korang kena ada beras sushi,seaweed dan jugak bamboo mat.Mula-mula sekali masak beras sushi,air kena lebih kan sedikit,nisbah 1:2.Nasi dah masak korang masukkan dalam bekas dan masukkan cuka dan garam,aku guna cuka biasa je,nasi sushi tawar sebab tu kena tambah garam,biarkan sejuk supaya senang nak mengulung nanti.Untuk bahan lain,ikut selera korang la nak letak apa pun.Tak susah pun,kalau korang tak nak guna beras sushi pun,boleh guna beras biasa tapi lebihkan air,lepas tu korang campurkan dengan mayonis,tapi aku rasa bagus lagi korang guna beras sushi.Buat sendiri lagi untng,sebab boleh makan sepuasnya,dan korang boleh la berjimat,sushi yang dijual bukan murah weiii.Jadi buat sendiri,sedap dan menjimatkan.Selamat mencuba.


seaweed

seaweed

tuna+hot dog+timun jepun vs timun malaysia+crabstick+mix vege campur mayonis

sushi mek erieyz

beras sushi

bamboo mat

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kampua

Tengok tajuk dekat atas,apa yang korang fikir??.Kalau orang sarawak conform tau la kan.Ok la kampua ni,sejenis mee.Lebih kurang macam mee kolok la.Tapi dekat Sibu je ada mee kampua,kuching pun tak ada.Sempat la kitaorang pergi rasa mee kampua ni,harga sangat la murah RM3.00-3.50 satu pinggan.Ada bermacam jenis kampua,aku order kampua ayam,aisyah order kampua daging dan ajum order kampua goreng special.Kalau korang datang sibu,jangan lupa cuba mee kampua ni ok.

Ajum

Menu kampua

Aisyah

kampua ayam

kampua daging

kampua goreng special

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ronda-ronda Sibu

Memang entri aku pasal Sibu je,nasi baik aku pergi 3 hari je sibu,kalau pergi lama, lagi banyak la entri pasal sibu .Malam selepas kenduri ,baru lah ajum berkesempatan bawa kitorang ronda-ronda sibu,maklum la sebelah siang sibuk dengan kenduri.Best dapat ronda-ronda hirup udara malam di sibu selain dapat snap picture,jadikan kenangan pernah datang sibu.Kitaorang dibawa ke pasar,dekat sini korang boleh tengok banyak sangat swan,dan boleh dikatakan sini swan town.Selain dari tu,ajum bawa kitaorang pergi dekat patung horoskop,semua horoskop ada dekat situ.

me & ajum


mek erieyz tahun harimau









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selamat Pengantin Baru

Majlis kenduri kahwin kak eija 8.3.2014,hari sabtu.Majlis bermula 9.00 pagi.Aku dengan Aisyah tinggal dekat hotel Salim berdekatan dengan rumah kak eija,biasa la kenduri saudara mara dia pun dah ramai jadi tak nak menggangu, kitaorang tinggal hotel.Awal pagi,kitaorang dah pergi rumah kak eija,sedang berlangsung majlis berzanji.Lebih kurang pukul 10.30 pagi,pengantin lelaki sampai,disambut dengan persembahan silat oleh persatuan silat dekat sana.Suami kak eija ni dari sabah,kerja dekat johor,senior kitaorang masa belajar dekat MAHSA dulu.Aku doakan kak eija dan pasangan,kekal ke akhir hayat dan mendapat anak-anak yang comel dan ramai nanti.Selamat pengantin baru kak eija dan pasangan.








majlis berzanji
persembahan silat



doorgift



lauk pauk kenduri


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 15 March 2014

Off to SIBU

Minggu lepas,aku dengan Aisyah pergi ke Sibu kenduri kawen kak eija,kawan sekolej aku dulu sama-sama belajar dekat kolej MAHSA,dia sekarang kerja dekat hospital Bintulu.Kitaorang ambik cuti hari jumaat,sebab flight petang,nak pergi dengan kereta,aku dengan aisyah tak tau jalan,boleh je guna waze kan tapi saja tak nak penat.Ikut jalan darat,kuching ke sibu mengambil masa lebih kurang 6 jam.Naik flight 30minit je dah sampa.Kitaorang book flight bulan 1 lagi,RM88 pergi balik.
Kitaorng sampai sibu lebih kurang pukul 6.30 petang,Ajum adik kak eija ambik kitaorng dekat airport terus pergi rumah dieorang.Malam tu kitaorang dapat tengok dieorang semua bermukum atau bergendang,kira menyanyi sambil berpantun la,unik sangat sebab sepanjang kitaorang pergi kenduri dekat kuching tak ada pun buat adat ni,lupa nak bagitau kak eija ni bangsa melanau,jadi ada lain sikit la dengan melayu sarawak punya majlis.Next entri aku cerita lagi pasal majlis ni ya,mata aku ngantok sangat-sangat nak pergi manjakan mata dulu.


bermukum @ bergendang





kak eija 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kursus Infection Control

Semalam,aku pergi kursus infection control dekat klinik.Setahun sekali mesti diadakan kursus ni,maklum lah walaupun dah kerja tapi mesti sentiasa di refresh jugak skill ni,kalau tak mau lupa la dik non oii.Kursus ini bagus sangat la sebab kita akan dibagaitau detail mengenai cara pemakaian mask,glove dan alat PPE yang lain,korang kalau ada yang tak tau apa itu PPE,abaikan je la ya,malas la nak explain.Apa pun kursus ni sangat bagus dan menarik sebab akan diasah lagi cara mencuci tangan yang betul,maklum lah dalam bidang medical semua ini sangat penting.






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner