Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: 2014

Tuesday 9 September 2014

Bye-bye KKJM

Aku dah berpindah dari KKJM ke KK AMPANG, alhamdulilah rezeki aku dapat sebab nak kahwin.Aku dapat transfer ke semenanjung lagi 2minggu aku nak kahwin, nanti entri lain aku buat cerita kenduri kahwin .Rasa sedih sebab dah setahun lebih aku kerja dekat KKJM, banyak pengalaman aku dapat dekat sana.Sedih nak tinggal kawan-kawan semua tapi adat la, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Dieorang buat jamuan buka puasa dekat steamboat sempena aku nak berpindah balik semenanjung, selain dari itu dapat hadiah kenangan dari warga KKJM, rasa terharu sangat.Walaupun sekejap aku dekat sana tp rasa macam bertahun kenal dengan dieorang.Ada rezeki kita jumpa lagi ya.









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 4 July 2014

Menu Ramadhan

Alhamdulilah sudah masuk 7 hari umat islam berpuasa.Disini aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga bulan yang mulia ini diberkati.Sepanjang 7 hari berpuasa dua tiga menu dah aku masak sebagai juadah berbuka puasa.Jangan terliur plak kan tak pasal batal posa korang semua.Salam ramadhan untuk semua.
Ayam masak kicap

Ayam masak tempoyak

Solok ikan

Ikan masak asam pedas

Kuih butir nako

Nasi kerabu

Ayam percik

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Nurses Day

Sebenarnya nurses day bulan 5 lagi, tapi kitaorang dekat klinik baru je berpeluang menyambutnya baru-baru ini.Kitaorang buat sambutan ni dekat Hartz Chicken di Sarawak Plaza.Makanan yang dihidangkan boleh tahan dan banyak jugak la pilihan makanan.Dekat sini makanan dihidangkan secara buffet, sebenarnya bahaya kalau makanan dihidangkan secara buffet ni tambah-tambahan untuk orang seperti aku ni, sebab boleh lupa diri makan sehabis mahu.hihi.Memang kenyang sangat-sangat la kan, nak makan sedikit rugi pulak fikir dah bayar kan, alasan sebenarnya memang nak makan banyak kan.hahahha.Apa pun happy nurses day kepada semua yang bergelar jururawat.
Nyum nyum






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bbq @ KKJM

Bulan 6 yang lepas, bertarikh 14.6.14 klinik aku ada mengadakan bbq sempena hari gawai.Memang best menu yang disediakan, ayam dan jugak hot dog bakar.Selain tu, ada jugak menu lain seperti bihun goreng, nasi putih dan ayam masak pansuh.Memang sedap sangat ayam masak pansuh yang dibuat dan dibakar oleh rakan sekerja aku dekat klinik.Ayam pansuh yang dimasak didalam buluh lagi sedap dan terasa manis ayamnya.Selain dari itu, ada jugak dibuat sambutan hari jadi untuk staff yang lahir dari bulan 4 hingga bulan 6 dan jugak pencarian nombor yang tersembunyi, alhamdulilah aku jugak dapat satu hadiah sebab jumpa cari nombor yang tersembunyi.Aktiviti sebegini yang diadakan dapat merapatkan tali silalturahim antara satu sama lain.


Abaikan perut ku yang agk2 muncit tu





Bersemangat mek eri kalau bab make

Yeay dapat hadiah..hihi


Ayam pansuh dalam buluh

Mek eri bergambar je bkn nk tolong bakar pun.hihi


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Linut

Korang pernah tak dengar dan makan linut?.Aku pun pertama kali baru cuba, linut ni sebenarnya makanan tradisi orang melanau.Linut dibuat dari tepung sagu ataupun lemantak.Linut dimakan dengan sambal belacan dan jugak sayur.Sebab linut ni tak ada rasa sebab tu kita makan dengan sambal belacan bagi pedas.Dekat bawah ni aku sertakan gambar linut.Korang tengok la sendiri, bagi yang ingin mencuba kalau datang sarawak boleh cuba dan rasa sendiri.

Linut




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Mak Su Ku Kawen

Wah dh bersarang blog aku, dekat 3 bulan jugak aku tak update.Banyak sangat cerita yang nak dikongsi dengan ditulis ni.Ok aku nak tulis pasal kenduri kawen mak su aku dulu.Alhamdulilah akhirnya bertemu jodoh jugak mak su ku,1.6.14 mak su ku sah bergelar seorang isteri.Aku tumpang gembira, selepas sihat dan bebas dari penyakit tibi,bertemu jodohnya.Aku doakan semoga hubungan yang terbina berkekalan hingga ke jannah dan cepat-cepat dapat baby.






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 16 March 2014

Home made sushi

Hari ni,mood aku ala-ala jepun gitu,sebab aku merajinkan diri membuat sushi.Sebelum ni aku pernah kerja sushi king,jadi dari situ la aku mula makan dan kenal sushi dan makanan jepun yang sewaktu dengannya,tapi banyak dah nama ak lupa.Ok,untuk buat sushi ni korang kena ada beras sushi,seaweed dan jugak bamboo mat.Mula-mula sekali masak beras sushi,air kena lebih kan sedikit,nisbah 1:2.Nasi dah masak korang masukkan dalam bekas dan masukkan cuka dan garam,aku guna cuka biasa je,nasi sushi tawar sebab tu kena tambah garam,biarkan sejuk supaya senang nak mengulung nanti.Untuk bahan lain,ikut selera korang la nak letak apa pun.Tak susah pun,kalau korang tak nak guna beras sushi pun,boleh guna beras biasa tapi lebihkan air,lepas tu korang campurkan dengan mayonis,tapi aku rasa bagus lagi korang guna beras sushi.Buat sendiri lagi untng,sebab boleh makan sepuasnya,dan korang boleh la berjimat,sushi yang dijual bukan murah weiii.Jadi buat sendiri,sedap dan menjimatkan.Selamat mencuba.


seaweed

seaweed

tuna+hot dog+timun jepun vs timun malaysia+crabstick+mix vege campur mayonis

sushi mek erieyz

beras sushi

bamboo mat

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner