Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: December 2013

Saturday 28 December 2013

Jalan-jalan krismas

Krismas baru-baru ni aku pergi ke rumah kak tera dan juga kak jenicia,rakan sekerja aku yang menyambut krismas.Walaupun deman,aku gagahkan jugak kerumah dieorang sebab dah janji,dieorang pun dah tempah makanan untuk aku dengan kawan-kawan yang lain.Aku pergi dengan aisyah,mala,dan jugak syaziah.
Memang best makanan yang kak tera hidangkan,dia tempah satay,rendang ayam,daging masak hitam dan banak lagi la.Disebabkan aku deman,deria rasa pun memang tak ada,selera nak makan tak berapa nak ada,aku makan sate 2 3 cucuk,jadi la bercucuk cucuk aku make.hihihi.
Selepas itu,kitaorang gerak pergi rumah kak jen,dia pun hidangkan satay juagak,sebenarnya aku yang request dengan dieorang mesti hidang satay,teruk kan demand dah pergi rumah orang siap request apa la mek eriey ni.Selain dari itu,kak jen jugak hidang ayam masak pansuh,ayam yang dimasak dalam buluh,memang sedap.Lebih kurang pukul 4petang kitaorang balik rumah.

menyelerakan hidangan rumah kak tera
rumah kak jenicia






with kak tera & husband


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 14 December 2013

Buah Dabai

Sebelum ni, aku ada cerita pasal buah engkalak,kalau korang dah lupa boleh klik sini.Dan aku ada janji nak cerita satu lagi buah yang ada kt Sarawak ni kan iaitu buah dabai.Buah dabai sama macam buah engkalak jugak ikut musim.Buah dabai ni berwarna hitam dan bentuk macam kurma, dekat borneo je ada buah ni.Buah dabai korang boleh makan dengan rendam dalam air panas lebih kurang 5 minit bagi lembut,mula-mula aku tak boleh terima buah dabai sebab macam lain rasa,tapi sekarang aku sangat mengemari buah dabai ni.Bila dah rendam dalam panas,dah lembut korang boleh makan cicah dengan garam ataupun kicap manis.Aku suka cicah dengan garam.

Selain tu dabai ni boleh dijeruk,dan jangan tak tau nasi goreng dabai pun ada.Sekarang memang musim buah dabai,jadi kalau korang datang berkunjung ke Sarawak boleh la order nasi goreng dabai dan rasa sendiri keenakan buah dabai ni.Buah dabai rasa lemak berkrim.Harga pulak kalau bukan musim dabai sekilo boleh mencecah RM19 sekilo,tapi kalau memang musim dabai harga boleh jatuh RM 5 sekilo.


nasi goreng dabai


isi dabai

buah dabai

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

jemputan kenduri

Minggu ni,aku ada jemputan kenduri lagi.Orang dah jemput kena la kita pergi,sebagai menghargai jemputan tersebut,betul x??,yang sebenarnya dapat make.hihihi.Jemputan ni datang dari hajah siah,rakan sekerja aku dengan aisyah.Anak saudara hajah siah kawen,memang meriah dan grand habis la majlis.Aku datang tadi dah pukul 11 pagi,pengantin pun dah sampai.Ada bermacam acara,ada makan temuan,sebelum ni aku pernah cerita kan,tadi jugak ada acara pengantin naik turun tangga ikut kepercayaan orang dulu buang benda yang tak baik la,kena naik turun tangga sebanyak 7 kali,tetapi tadi buat untuk suka-suka je la,pengantin naik turun tangga sebanyak 3 kali sahaja.Selain dari itu jugak ada persembahan tarian,ada live band dan ada persembahan dari Bob Af.Baju pengantin tak silap dari rizman ruzaini,rekaan rizman memang meletup dan mewah la kan.Makanan yang dihidangkan pun sangat sedap dan menyelerakan.Apa pun selamat pengantin baru aku ucapkan kepada sirul dan juga sheila,semoga kekal ke anak cucu.

with hajah siah



pelamin yang indah

pengantin baru sheila & sarul




persembahan Bob Af

cenderahati untuk tetamu






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

suprise birthday

Minggu lepas 8.12.2013 hari lahir aisyah my housemate merangkap my colleague.Aku dengan mala telah rancang nak celebrate birthday aisyah konon-konon nak buat suprise la.Memang menjadi la suprise birthday,sebab aisyah terkejut dan perancangan kitaorang untuk buat kejutan menjadi.Semoga selalu dilindugi Allah,dan sentiasa mendapat keberkatan.

selamat hari jadi aisyah







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 1 December 2013

Kampung Budaya

Minggu ni memang ada je aktiviti hari minggu aku dengan housemate aku,semalam pergi kenduri,hari ni plak kitaorang pergi kampung budaya dekat Damai Sentral,area Santubong .Bagi sesiapa yang berkunjung ke kuching ni memang wajib la pergi tempat ni,sebab kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis rumah suku kaum yang terdapat kt Sarawak .Hari ni baru aku berkesempatan pergi kesini,setelah sekian lama aku berada di kuching.Korang nak masuk dalam kg.budaya kena beli tiket,harga tiket bagi penduduk tempatan RM25,kalau yang bukan dari Sarawak RM60 satu kepala,bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah RM30.Tapi kalau macam aku yang bekerja dekat sini harga RM25 ,tapi pastikan korang bawa pass kerja korang atau apa saja la yang membuktikan korang memang bekerja dekat sini,baru boleh masuk dengan harga RM25,kalau tak bawa terpaksa la bayar RM60.
Dalam kg.budaya selalu ada persembahan,tapi tadi kitaorang pergi dah lewat jadi terlepas persembahan.Aku tak boleh nak bagitahu secara detail sebab aku tak pernah tengok persembahan tersebut,jadi korang pastikan pergi awal la k nanti dapat tengok persembahan dan adat resam suku kaum yang terdapat dekat sarawak.Aku ada tanya pekerja kt dalam ni tadi persembahn tadi pukul 11.30pagi,kalau ramai orang akan dibuat lagi sekali 12.30 tengahari,kalau tak ramai memang tak akan buat,dan untuk petang pukul 4 petang.
Dalam kg.budaya tadi aku pergi tengok semua rumah yang ada,ada rumah orang ulu,iban,bidayuh,melanau,cina,melayu aku pun tak berapa ingat sangat.Maafkan aku yang sememangnya pelupa ni ya.Dekat rumah orang iban tadi,korang dapat sewa kostum pakaian tau,tadi aku sewa pakai baju orang ulu.Tak mahal pun untuk sewa baju lengkap dengan aksesori bangsa apa yang korang nak pakai,harga bagi setiap kostum RM10.Selain dari itu,setiap rumah yang korang pergi ada dieorang jual makanan suku kaum masing-masing,jadi jangan lupa beli dan cuba ya.







yeay dh dpt tiket & sticker


ok best,tak pedas pun





pakaian orang ulu




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Majlis sambut menantu

Semalam aku pergi kenduri kahwin,atas jemputan rakan sekerja,kak Aisyah Ambi.Adik dia yang laki kahwin,jadi kira majlis sambut menantu la.Boleh tahan majlis dibuat dekat Kompleks Belia dan Sukan,Kuching tema dieorang semalam warna biru.Aku tak dapat nak ikut tema la sebab baju memang tak ada yang colour biru,main pakai je apa yang ada semalam.
Memang meriah kenduri semalam,lauk pauk yang dihidangkan pun sedap-sedap.Aku pergi dengan housemate aku macam biasa la kami bertiga,aku.aisyah dan juga mala.Sampai sana baru berjumpa dengan kawan sekerja yang lain.Majlis diserikan dengan nyanyian dari kawan-kawan dan juga ahli keluarga pengantin.Selain dari itu tetamu juga dihiburkan dengan tarian oleh kumpulan apa dah, aku pun lupa,asyik sangat sampai tak dengar apa pengacara bagitau.Dah habis tarian,masa untuk menjamu selera,tapi ada gimik tau dari katering yang dieorang ambil ni,para waiter masuk dengan diiringi lagu jawa la kalau tak silap aku,pakaian dieorang seragam baju putih seluar hitam dengan pakai atas kepala yang macam orang jawa pakai,dekat leher dieorang pulak ada rantai dari kulit kerang,ada yang dari gigi binatang kot sambil bawa bekas nasi.Bila dah angkat tudung lauk,apa lagi makan tak pandang kiri kanan dah la.Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada kedua mempelai.

pasagan pengantin


cenderahati dari pihak pengantin

gimik dari pihak katering




lauk pauk yg menyelerakan

persembahan tarian 

rakan sekerjaku
kak aisyah ambi tengah berbaju biru


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner