Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: September 2013

Friday 6 September 2013

Jamuan perpisahan vs jamuan penutup hari raya

Hari ni klinik aku mengadakan jamuan perpisahan sempena perpindahan sister fatimah ke klinik lain,dia dapat naik pangkat jadi matron,tahniah matron fatimah.Selain dari jamuan perpisahan sambut sekali jugak raya,kira penutup syawal kitaorang sambut.Aku dengan aisyah EL hari ni,tapi kawan sekerja telefon suruh datang jugak,agak kelam kabut jugak la tadi lepas setel semua kitaorang pergi klinik,pakai je apa yang sempat ambik,dengan tak bergosok baju kitaorang.Tapi pergi jugak demi memenuhi undangan,dan menceriakan suasana.Kitaorang sampai majlis dah start dah,mak bedah tengah berucap,nasib baik tak terlambat kan.Aku seronok dan enjoy kerja dekat sini,sebab rakan-rakan sekerja sangat baik dan semua sporting,faktor umur tak pernah menjadi masalah.Bekerja dengan orang yang lebih berumur membuatkan macam kita berada dengan mak dan saudara sendiri,sebab sangat mengambil berat.

tahniah matron fatimah


menyelit sekejap



mak bedah berucap





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Pencuri oh pencuri

Semalam rumah aku dengan aisyah dipecah masuk oleh pencuri.Balikdari kerja aku tengok dapur kitaorang habis berterabur dengan botol sos yang pecah,ingatkan kucing masuk ke apa,sekali tengok pintu dapur terbuka,baru kitaorang sedar rumah kena pecah masuk.TV dengan cd je la yang hilang pastu kunci dapur rumah pun diambik.Alhamdulilah syukur sangat tak ada apa sangat yang hilang,semoga jadi pengajaran untuk kitaorang lebih berhati-hati lagi.Puas fikir dari mana la pencuri ni masuk,sebab pitu semua bergrill,rupanya pecah masuk ikut bumbung atas,semoga pencuri diberi keinsafan sebelum terlambat.Terpaksa kitaorang ambik EL,hari ni untuk setelkan rumah,cari orang pasang balik bumbung dan jugak siling rumah.Semalam pun kitaorang dah buat repot polis,dan polis pun dah datang ambik gambar semua dah.Semoga ini yang pertama dan terakhir kali.
lapar agaknya sempat make kfc dalam peti

berterabur botol sos kicap

masuk melalui siling atas

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 4 September 2013

My pop phone

Akhirnya dapat jugak aku beli pop phone ni,dah lama nak beli tapi selalu lupa.Tadi jalan-jalan jumpa terus beli.Korang pernah dengar tak pop phone ni?.Pop phone ni ganggang telefon tapi dapat disambungkan ke handphone kita,jadi tak payah pegang lagi telefon korang pegang je ganggang,fungsi sama macam hansfree jugak la.Aku suka benda ni sebab, aku tak suka bergayut pegang telefon,pop phone ni kan besar jadi selesa bila guna.Korang nanti boleh la beli dan try ya,tak salah kita mengikuti arus perkembangan teknologi sekiranya mendatangkan manfaat untuk kita kan kan kan kan.


my pop phone

hihi saya pun ada la
ini semua poyos

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ronda-ronda KL

Baru-baru ni aku balik bercuti ke KL,macam biasa la jalan-jalan habiskan pitih.Dah lama rasa tak naik LRT,zaman belajar dulu rajin la naik pergi jalan-jalan.Balik hari minggu lepas,aku dengan my cousin gunakan kemudahan awam ni berjalan,faham-faham je la KL memang sentiasa jem, jalannya kan jadi untuk jimatkan masa lebih baik naik LRT,lagi mudah cepat dan pantas.



with my cousin







hihihi 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 2 September 2013

uncle bob fried chicken

Kalau dekat area kuala lumpur,selangor sebut je uncle bob boleh dikatakan semua tau dan mesti terbayang ayam goreng yang rangup dan pedas-pedas manja gitu kan.Aku memang suka make aye goreng uncle bob ni,sebab sedap lagi satu ayam tu digoreng dan panas-panas bagi kita,tak kena gaya mau melecur mulut kan.Setiap kali aku balik KL,wajib pergi cari uncle bob ni,aku suka beli dekat uptown dana kota,Setapak.Selalu memang beratur la sebab ramai,tapi semua sanggup tunggu sebab sedap dan memang dijual secara panas-panas kan.
Menunya simple je,ayam goreng yang dipotong secara "fillet" tanpa tulang dan tanpa kulit.Disaluti dengan tepung yang amat crispy bila digoreng.Setelah digoreng iana boleh dipilih samada hendak menambah perisa 'Hot & Spicy' ataupun regular sahaja.Kemundian ianya dipotong 'bite-bite' dan dimasukkan kedalam beg kertas.Korang boleh nikmati dengan santai,duduk dimeja ataupun sambil berjalan-jalan.Harga sangat berpatutan RM6.
Dekat area kuching,memang aku tak ada jumpa lagi la uncle bob punyer gerai,jadi bagi yang tak pernah makan lagi boleh la try nanti ya.Bagi yang memang dah selalu makan tu,mesti setuju dengan pendapat aku kan memang sodap kan ayam uncle bob ni.


packaging uncle bob fried chicken



uncle bob fried chicken





Hot & Spicy fried chicken



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner