Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: August 2013

Thursday 29 August 2013

Lunch @ Nasi Kuning

Tadi waktu lunch hour aku dengan mak bedah pergi makan dekat merdeka plaza (MP),kitaorang pergi makan dekat warung nasi kuning indonesian cuisine.Saja nak try menu dekat situ kan.Suasana ok,sebab restoran baru lagi,susun atur meja makan dalam restoran tu pun ok,berkonsep santai.Sambil kita menjamu selera,dieorang memang pasangkan cd irama muzik tradisional indonesia.
Aku order nasi ayam penyet putih special,ada dua jenis nasi ayam penyet ada nasi kuning dan nasi putih.Sempena nasi warna kuning la,agaknya  restoran ni dinamakan,warung nasi kuning aku agak je la,nak tepat lagi korang tanya pemilik restoran ni la.hihihi.Aku tak berapa gemar sangat makan nasi yang bercolour ni,melainkan nasi kerabu,bukan kata tak boleh make terus tapi tak berapa suka.Beza nasi ayam penyet special dengan biasa ,yang special ada tauhu.Mak bedah pulak order bakso,bagi aku ok la makanan yang dihidangkan tak berminyak sangat.Harga pun ok berpatutan dengan menu yang disediakan.


nasi ayam penyet special

bakso


sambil menunggu makanan 

mak bedot ku sayang

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 27 August 2013

Ramah Tamah Room 9

Korang semua tau kan aku kerja dekat room 9,iaitu bilik rawatan.Tadi bilik kitaorang ada buat ramah tamah untuk yang kerja bilik 9,tapi selain itu ada la jugak rakan sekerja dari bilik lain yang join sama.Eh lupa pulak,mesti korang tertanya kan apa benda ramah tamah ni kan,kt Sarawak ni,sepanjang musim syawal,akan buat ramah tamah,kira macam majlis beramah mesra merapatkan lagi tali silalturahim antara satu sama lain.Kira macam open house jugak la,tapi kalau buat ramah tamah ni contoh kawasan taman,mungkin antara taman je la.Jadi boleh beramah mesra dengan lebih dekat lagi.Ini yang aku faham la mengenai ramah tamah ni,kalau salah mintak betulkan ya.

Panjang betul aku explain pasal ramah tamah ni ya,sebab nak bagi korang semua faham la.Ok tadi,kitaorang buat majlis tu biasa-biasa je,nak seronok je,jadi kitaorang memang masak dekat rumah bawa ke tempat kerja ,jadi sendiri punyer sponsor la kan.Aku bawa sup sayur campur,ikan terubuk goreng,peria goreng dan jugak budu+tempoyak,ulam kacang dan jugak keropok keping dan serunding ikan.Rakan sekerja yang lain pun ada bawa kari ayam,bergedil,gulai lemak labu,ulam-ulaman.Banyak kan,bila dah sorang bawa serba sedikit banyak la jadi nya.Muafakat membawa berkat.hihihi.









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 25 August 2013

Mee Celup Kelate

Korang pernah dengar tak mee celup,kalau tanyo orang kelate menipu la tak tau,sebab mee celup memang famous kat kelate.Aku rasa memang tak ada kt negeri lain,kt terengganu pun xda mee celup ni.Kalau kt KL,kt kampung baru ada la sebab situ semua jenis makanan kelate ada jual,sebab memang majoriti orang kelate kat situ,memang terkenal dengan makanan kelate.Kalau negeri lain,yang betul-betul anak jati kelate mungkin ada jual mee celup.Apa la istimewa sangat mee celup ni ya sampai beria mek eri dok bercerita kan.Ini memang makanan kegemaran aku,lain sangat dengn mee sup ataupun bakso.

Hari ni,aku merajinkan diri aku buat mee celup,first time aku masak ni nasib baik menjadi la jugak.Kalau kt kampung beli je senang,sebab agak rumit sikit nak buat.Tapi kt Kuching ni,memang tak ada pun kedai yang jual,nak tak nak aku terpaksa jugak masak sebab nak makan.Tapi bagus jugak la boleh aku masak sendiri,sebab aku ingat pencen nanti aku nak buka kedai jual mee celup.hihihi.Nama je mee celup,tapi sebenarnya selain dari mee kuning,campur sekali dengan bihun dan kueow tiow.Tadi aku rebus tulang,sebab daging semalam kt kedai tak banyak yang ada pun berlemak,dah empuk korang masukkan ayam,aku goreng bawang putih,bawang merah dan halia,masukkan dalam rebusan tulang dan ayam tadi,masukkan sup bunjut,letak la garam,gula dan serbuk perasa,biarkan mengelegak dan empuk.Lepas tu korang sediakan bihun,mee kuning dan kueow tiow,celupkan dalam sup tadi,sebab tu la dinamakan mee celup sebab dicelup dalam sup tadi.Selain dari tu,korang celupkan fishball,kangkung,nak letak taugeh pun boleh.Untuk aksesori aku beli serbuk lada,lada  jeruk aku buat sendiri,hiris lada hijau korang campurkan dengan cuka,sedikit air,garam dan gula.Selain dari tu bawang goreng,kacang tumbuk dan jugak asam limau kasturi.Alhamdulilah menjadi la jugak mee celup aku,lepas kempunan nak makan mee celup.




mee celup



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 24 August 2013

Teh Tarik Klasik



Tengok dari tin susu kat atas korang semua fikir apa??..Mesti susu kan,macam tu la aku ingat susu dalam tu.Tadi aku dengan aisyah kerja,kitaorang pergi sarapan dekat kedai makan area klinik bersama dengan dua orang lagi rakan sekerja.Aku order kopi o ais,aisyah order teh ais,tengah syok aku make dengan aisyah,tiba-tiba tukang bancuh air datang letak tin susu ni atas meja,aku pelik bila masa kitaorang mintak susu.Kitaorang tengok dia dengan muka pelik,lepas tu dia tanya kitaorang ada order teh tarik bungkus kan,aku angguk sebab memang ada order teh tarik ,rakan sekerja mintak belikan teh tarik.Lepas tu,rakan sekerja yang sekali nga kitaorang,kak midah dan kak lin bagitau kt sini sesetengah kedai memang letak teh tarik dalam tin susu.Sangat unik kan,aku pertama kali tengok teh tarik dibungkus dalam tin susu.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 23 August 2013

Celoteh Interview

Tengah aku godek-godek lappy aku ni,terjumpa la plak gambar masa aku pergi interview SPA sebelum ni.Aku pakai baju colour oren,aku memang sangat suka pakai baju yang colour terang-terang,senang sikit dari jauh orang dah nampak kan.hihi.Sebenarnya pemilihan baju dan warna sangat penting masa pergi interview,sebab ianya sedikit sebanyak menggambarkan imej kita sendiri.Aku masa pergi interview tu,aku pakai colour oren terang, sebab bagi orang yang interview tu ceria sikit kan tengok aku ni,lagi satu bagi segar sikit biji mata dieorng,maklum la yang pergi interview bukan seorang tapi beribu.Selain dari imej,keyakinan diri jugak penting,walau gementar macamana sekalipun,korang sorokkan rasa nervous tu,buat rilex dan jangan gelabah.

Bagi kawan-kawan aku,atau sapa je la yang belajar kolej ambik diploma nursing,kalau dapat panggilan interview korang buat la sebaiknya.Yuran yang kita bayar bukan sedikit,tapi sangat mahal.Jadi rezeki dah depan mata buat la dengan bersungguh-sungguh jangan setakat pergi untuk mencuba nasib sahaja.Selain dari imej dan keyakinan diri,ilmu jugak penting,korang review la sedikit sebanyak apa yang telah kita belajar sebelum ni.Selain dari tu,pastikan korang tau semua prosedur,sebab masa aku interview hari tu memang ada osce sekali,jadi persiapkan diri dengan sepenuhnya.Selain dari tu,korang kena jujur,sekiranya korang memang tak tau dengan soalan yang ditanya,bagitau je korang tak tau jangan jawab merapu.Tapi jangan la sampai semua benda korang tak tau pulak nanti ya.

Alhamdulilah rezeki aku dapat kerja,dah kerja tu jangan lupa pulak bayar balik duit ptptn ya,ini peringatan untuk aku sendiri jugak sebenarnya.hihi.Bila dah kerja,banyak benda yang kena belajar dan praktikkan selalu.Kesugguhan dan usaha sangat penting dalam mencapi kejayaan,jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah kita dapat,sentiasa la berusaha lagi demi menjadi yang terbaik dan dalam memajukan diri sendiri,dan jangan sombong dengan setiap apa yang telah kita dapat.


baju ni la aku pakai..ceria tak mek eri.hihih


dapat kawan baru sama-sama interview


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 19 August 2013

Serbu Tambirat

Semalam aku dengan aisyah naik satu kereta dengan kak ton dan jugak familynya,kitaorang pergi beraya ke kg.tambirat,daerah kota samarahan.Selain dari kitaorang,satu lagi kereta iaitu kak ct,rakan sekerja kitaorang jugak ikut sama,die satu family.Kitaorang pergi rumah syaziah,kawan satu tempat kerja.Perjalanan kerumah nya,lebih kurang 1jam kalau guna jalan darat ,kalau dengan feri  lagi cepat.Balik kitaorang guna feri,jadi dapat rasa pengalaman,naik feri dengan kereta sekali.

Kitaorang sampai rumah syaziah lebih kurang 11 lebih la,terus dia jamu kitaorang dengan nasi dan lauk pauk kampung,memang menyelerakan.Nasi yang dihidangkan beras kampung,beras padi huma,selain dari tu,ikan terubuk pun yang betul-betul fresh,memang sedap sangat,make sampai tak tengok kiri kanan dah semua kann.Selain dari make yang sedap-sedap dekat rumahnya,family syaziah bagi lagi pisang,buah labu,terima kasih banyak syaziah,lain kali kitaorang serbu lagi kg.tambirat ya.


tunggu turn nak naik feri

dalam feri sudah

syok nyer pakat make


tiket feri


tuan rumah ( misi syaziah )

muka excited menuju ke destinasi

nasi dari beras padi huma

jemput make belako

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 17 August 2013

Lagi-lagi raya

Raya kan sebulan,jadi hari ni lepas habis ot.aku dengan kawan-kawan teruskan sessi beraya ke rumah kawan-kawan sekerja.Memang meriah dapat berkumpul dan beraya beramai-ramai kan.Yang paling tak tahan,perut pun bukan main lagi dimanja dengan makanan yang sedap-sedap dan air yang manis-manis.Berat badan tak payah nak cerita la,beraya 3 hari,tu dia berat naik dengan mendadak,posa sebulan turun 3 kg,beraya 3hari naik sampai 4kg.huhuhu.Apa nak buat raya setahun sekali je kan,ayat nak sodapkan hati sendiri.Korang dah habis beraya belum???















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 16 August 2013

Open house lagi

Hari ni,aku memenuhi undangan kak hasiyah,rakan sekerjaku tapi die bahagian x-ray,ke rumahnya.Aku pergi dengan kak ton,aisyah dan anak-anak kak ton.Memang kitaorang simpan perut dari pagi lagi,sebab nak pergi makan tengahari dekat rumah kak hasiyah.Suami dia orang kelantan,jadi menu dekat rumah dia hari ni,ikan sardin panggang ke bakar,aku tak pasti sangat la tau make je,ada gulai ayam selain dari tu,dieorang sediakan roti untuk cicah dengan gulai ayam,kalau kat kelate kadang-kadang ada majlis yang simple macam cukur jambul,memang akan buat menu gulai daging atau ayam di cicah dengan roti.Selain dari itu,menu lain ulam-ulaman cicah dengan budu,kerabu tomato.Memang bertambah la make,sebab perut lapar kan,makanan yang dihidang pulak memenuhi selera aku.

ikan sardin 

budu pembuka selera

nyum nyum nyum

bersemangatnya mek erieyz duduk depan meja make lg tu

with kak hasiyah n family

seronok la dapat make

muka happy lepas kenyang make

menuju ke destinasi

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner