Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: January 2014

Thursday 16 January 2014

Mee Goreng Mamak

Malam ni menu untuk dinner aku masak mee goreng mamak.Tetiba rasa nak makan mee goreng mamak malam ni,aku ingat lagi masa tinggal dekat Langkawi,memang sedap sangat makan mee goreng kat kedai mamak tu.Aku pulak memang suka makan mee kuning,tak kesah la mee goreng biasa ke mee goreng mamak,janji mee kuning je.Eh merapu la pulak,ok ak syer nga korang mee mamak yang aku masak tadi ya.Yang wajib mesti la mee kuning kan,sediakan cili giling aku guna cili giling cap puteri,kicap,sos tiram,sos cili,serbuk kari,bawang merah dengan bawang putih korang tumbuk siap-siap.Tumis bawang tadi,lepas tu korang masukkan kicap sos tiram semua tu la,tunggu sampai naik minyak.Masukkan mee kuning,lepas tu korang pecahkan telur,masukkan tauhu kering dan akhir sekali masukkan taugeh.Kalau rasa nak pedas korang masukkan cili padi.Dah siap,kalau rasa nak sedap lagi masukkan kacang tanah,kalau tak nak letak pun tak apa.Macamana ada rasa nak cuba buat tak???



mee goreng mamak tapi bukan mamak yang masak ya..hihihi




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 15 January 2014

Sarawak Cultural Village

Mentang-mentang dok sarawak,memanjang je aku buat entri pasal sarawak ya,tapi apa boleh buat aku memang suka nak shared nga korang semua.Hari ni aku nak cerita sarawak cultural village ataupun kampung budaya.Mesti korang dah pernah tengok entri aku sebelum ni aku pergi kampung budaya kan,tapi hari ni aku nak cerita dengan lebih terperinci lagi,tapi tak ada la terperinci sangat pun.
Mula-mula sekali pasal tiket aku pernah bagitau sebelum ni ,kalau dari semenanjung RM60,nanti akan di beri satu pasport,dimana dekat pasport tu korang boleh cop setiap rumah yang korang pergi dalam kg.budaya.Tak silap aku ada 8 buah rumah,rumah iban,bidayuh,orang ulu,penan,melayu,cina,melanau dan aku tak ingat la apa lagi.Korang boleh tengok setiap rumah kaum dieorang,dan dalam rumah tersebut ada menjual makanan suku kaum dieorang.
Ada persembahan dekat ruang teater,persembahan 2 kali sehari pukul 11.30pagi,dan 4 petang.Aku pergi sempat tengok,hari tu tak sempat kan.Ok la persembahan tarian dari suku kaum yang terdapat dekat sarawak,memang unik dan menarik,aku terasa korang rugi pergi sini kalau terlepas tengok persembahan ni.Selain dari tu,dieorang panggil penonton untuk menari dan juga untuk mencuba sumpit.Bila dah tengok persembahan dan melawat setiap rumah yang ada dekat sini,baru kita tahu cara hidup setiap kaum dekat sini,bahasa dieorang jugak lain.Aku alhamdulilah melayu sarawak boleh la,bahasa iban bidayuh tak berapa pandai,kena belajar betul-betul baru dapat.



cop setem setiap rumah yang lawat


makanan suku kaum masing-masing

persembahan

penonton bersama-sama menari dengan penari
pasport utk cop

penonton diajar menyumpit
tempat untuk cop setem

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 14 January 2014

Cuti Maulidur Rasul

Hari ni maulidur rasul,aku ingin mengucapakan selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh umat islam.Cuti hari ni,memang tak ada aktiviti apa pun yang aku buat selain mengadap laptop dan merehatkan diri.Selain dari tu aku memasak untuk menu tengah ari,aku masak gulai aye,goreng ike kukus dan sira labu,nanti la ada masa aku bagitau resipi sira labu ni ya.Untuk petang pulak aku buat home made petis.Tapi petis aku buat terlebih tepung kanji pulak,pekat semacam je aku tengok.Apa aktiviti korang cuti hari ni????

menu tengah hari

home made petis 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Beli satu percuma satu

Korang tau tak setiap tahun kenny rogers akan buat promosi,beli satu percuma satu,tapi dengan syarat korang mesti pakai apa saja yang berwarna merah,baru dapat promosi ni.Promosi ni setiap awal tahun,tapi dah lepas dah promosi ni 8 januari yang lepas,aku sibuk lupa nak buat entri pasal ni.Sori ya kalau ada yang baru tahu,nanti tahun depan boleh korang pergi lagi.Macam biasa la,aku pergi bertiga dengan kawan serumah aku,siapa lagi kalau bukan aisyah dengan mala kan.
Kitaorang pergi bertiga memang pakai serba merah la hari itu,aku order 2 set makanan,sebab ni promosi kan jadi dapat free 2 set lagi.Jadi 4 set kitaorang dapat,sedangkan kitaorang bertiga sahaja,nak tak nak memang kena habiskan jugak la,membazir kan amalan syaitan.hihihi.



coklat+banana+pandan

4 set hidangan

merah-merah delima


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 13 January 2014

my kesayangan datang kuching

Rasa seronok dan gembira sangat sebab dapat bawa mak dan jugak adik laki aku datang bercuti ke kuching.Dieorang datang 10.1.14 dan balik 12.1.14,tiga hari 2 malam dieorang datang.Sekejap je rasa,aku rasa banyak tempat lagi tak sempat nak bawa dieorang jalan seluruh kuching,tapi sekurangnya tempat yang wajib dilawati dah aku bawa.Selain dari bawa jalan kuching,aku sempat jugak beli buah-buahan dan jugak makanan yang famous kt sarawak ni yang dekat semanjung tak ada.Ada rezeki nanti boleh la aku bawa dieorang datang kuching lagi.

my mum & my bro












pasar serikin

Damai Central


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 5 January 2014

Ayam Goreng Berempah

Hari ni aku merajinkan diri memasak ayam goreng berempah.Lagi sedap ayam goreng berempah ni dimakan dengan nasi lemak,tapi hari ni aku masak makan dengan nasi putih je la untuk makan tengah hari.Resipi ayam goreng berempah ni ringkas je tak cukup bahan pun aku buat,serai tak ada,daun kari dengan kunyit hidup pun tak ada.
Ok dekat sini aku share kan dengan korang.resipi ayam goreng berempah.Benda wajib mesti la ayam kan,korang sediakan ayam.Bawang besar,bawang putih dan merah,halia,kunyit hidup,serai,ketumbar(goreng tanpa minyak),semua bahan ni mesti diblend kan sekali,lepas tu korang masukkan dalam bekas bahan yang telah diblend tadi.Lepas tu,masukkan serbuk cili,kari ayam atau daging,serbuk kunyit,tepung jagung dan jugak daun kari.Lepas tu,masukkan ayam korang perap selama setengah jam,lepas tu boleh la goreng.Bahan-bahan tadi korang,agak-agak la sendiri banyak mana nak kena letak ya,tengok banyak mana ayam yang korang nak guna.


ayam yang diperap 

aye goreng berempah

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 3 January 2014

Tokan

Minggu lepas,masa cuti tahun baru aku keluar tengok wayang,tajuk Tokan,cite ni pelakon kegemaran aku berlakon,sapa lagi kalau bukan zizan kan.Cerita ni bagi aku ok,sebab lakonan zizan dalam cerita ni pun agak lain watak yang selalu dia lakonkan.Tapi aku tak puas hati sebab ending nya zizan mati,huhuhu.Mesti ramai dah tengok agaknya kan sebab minggu lepas lagi movie ni keluar kat wayang.Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini.Korang bagi berapa bintang???







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selamat Tahun Baru 2014

Asalamualaikum semua,aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada korang semua.Semoga azam korang semua tahun lepas tercapai,kalau tak tercapai tahun ini boleh buat azam lagi.Aku tiap tahun memang tak pernah ada azam,sebab aku tak tau apa yang nak di azamkan.Tapi alhamdulilah pada tahun 2013,aku telah berjaya mendapat kerja tetap,menjadi seorang jururawat.Aku harap tahun ini,rezeki aku semakin bertambah dan murah,semoga dipermudahkan segalanya dalam kehidupan seharian aku.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner