Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: November 2013

Friday 29 November 2013

pizza mek erieyz

Malam ni,aku masak pizza untuk dinner.Saja je teringin nak makan dan mencuba kan.Korang pun boleh try buat nanti,senang dan cepat lagi satu lagi jimat buat sendiri.Aku syer dengan korang resipi  yang aku buat tadi.Mula-mula sekali aku tumis bawang putih lepas itu masukkan ayam yang telah dipotong kecik dan digaul sekali dengan garam,agak-agak ayam dah cukup masak korang masukkan bawang besar yang dipotong halus.Ok kemudian korang boleh pilih samada nak masak atau tak sos cili,aku pilih untuk masak sebab bagi sedap lagi,kalau korang nak masak korang panaskan sedikit minyak lepas tu masukkan sos cili dan sedikit air,bagi sos tu pekat dan likat.Tadi untuk bahan tambahan,aku rebus hot dog,crabstick,fishball dan lada benggala.Lepas dah rebus korang potong la kecik-kecik.
Lepas dah siap semua bahan tadi,korang boleh beli roti pizza dekat pasaraya ada jual.Korang salutkan sos cili campur dengan sedikit mayonis,tabur ayam atas kulit pizza tadi dan last sekali semua bahan-bahan yang korang rebus tadi.Rumah aku tak ada oven,jadi terpaksa panaskan kuali dengan sedikit minyak,letak pizza tadi atas kuali,jangan biarkan lama sangat sebab nanti hangit roti pizza plak.Ini semua berkat tunjuk ajar kak ton,yang bagi resipi dengan aku.


bahan-bahan asas untuk pizza mek erieyz

pizza mek erieyz

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 22 November 2013

Bengkel Panduan Solat

Semalam aku telah menghadiri satu kursus bertempat di Hospital Umum Sarawak,kursus bengkel panduan solat untuk pesakit.Sangat bagus kursus tersebut,sebab bagi aku yang bergelar jururawat ni akan bertemu dengan macam-macam jenis pesakit dan dalam keadaan yang berbeza.Jadi kursus tersebut memberi tunjuk ajar kepada kakitangan awam kesihatan seluruh kuching panduan solat untuk pesakit.Sekiranya pesakit tak boleh bangun,pesakit berbalut dimana-mana anggota badan disebabkan kecederaan yang dihadapi.Jadi kitaorang diajar cara untuk pesakit menunaikan solat.Alhamdulilah bersyukur sangat dapat hadiri kursus seperti ni,sebab banyak sangat ilmu yang aku dapat dan dapat aku kongsikan dengan pesakit aku nanti.

kak ton pun ikut juga

kak am staff klinik ikut juga





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 19 November 2013

Buah Engkalak

Korang pernah dengar tak buah engkalak ataupun nama saintifiknya Litsea garciae.Buah ni buahan yang bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat melayu,melanau dan iban.Buah ni sukar untuk dijumpai dekat kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu,Sarikei atai Bintangor.Tapi sekarang memang musim buah engkalak sebab banyak sangat orang jual dekat pasar-pasar sekitar kuching.Dekat klinik pun ada yang bawa,aku tak pernah tengok dan makan buah engkalak,sebab dekat semenajung memang tak ada buah ni,sebab buah ni hanya tumbuh subur di kepulauan Borneo sahaja.
Buah engkalak warna pink kalau dah masak,belum masak warna hijau.Macam terung pun ada bentuk nya yang kecik.Kawan tempat kerja aku ada bagitahu kalau nak sedap lagi,rendam buah ni dengan air suam lebih kurang 2 minit,lepas tu cicah dengan garam,makan dengan kulit lagi sedap sebab terasa lemak buah engkalak ni.Bagi yang pernah bekerja dekat sarawak,tentu pernah makan dan bagi yang teringin nak rasa boleh la berkunjung ke Sarawak,sekarang memang musim buah engkalak.Ada masa nanti aku cerita satu lagi buah tempatan dekat sarawak ni ok.


buah engkalak
belum masak lagi warna hijau

sedia untuk dimakan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 18 November 2013

India Street vs Medan Niaga Satok

Semalam kitaorang bertiga keluar pergi ke Indian Street,salah satu tempat yang boleh korang lawati la kalau datang ke kuching.Best ronda-ronda kt sini,barang-barang pun murah.Aku pergi sini paling suka beli sotong goreng,kalau kat sana seringgit baru dapat  kepala sotong,tapi kat sini sekor sotong boleh dapat dengan harga seringit,sangat murahkan.Selepas tu kitaorang pergi kubah ria,tak pun medan niaga satok,kt sini selalu orang datang nak beli ikan terubuk,memang banyak kedai yang menjual ikan terubuk fresh,selain dari ikan terubuk,sayur-sayuran kampung dan buah memang ada jual dekat sini,jadi kalau ada kesemptan datang ke kuching,korang boleh la datang tengok sendiri ya.









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 6 November 2013

Solen Corenus

Mesti korang pelik kan dengar tajuk aku kat atas tu,apa benda la ya??.Sebenarnya,solen corenus tu nama saintifik,kalau kt sarawak ni lebih terkenal dengan ambal ataupun siput buluh.Bagi yang berada kt sarawak ni mungkin ada yang tau dan pernah makan la kot.Aku pun duduk kt kuching ni baru make,sebelum ni makan kawan yang masakkan,dieorang masak kari ambal .Tadi aku beli setengah kilo ambal ni,aku buat masak 3 rasa,tapi satu rasa je aku rasa.hihi.

Ok kat sini aku bagi sedikit info la kt korang mengenai ambal ni.Ambal haiwan yang hidup di pasir berlumpur disekitar pantai,merupakan punca sumber rezeki kepada penduduk sekitar Asajaya Laut,Bako dan Buntal.Memandangkan ianya bermusim,harga bagi sekilogram adalah tidak menentu.Jika kena pada musimnya,korang boleh dapat membeli dengan hanya Rm 8 sekilo.Jika bukan musimnya harga boleh mencecah Rm 14- Rm16 sekilo.Ambal yang aku beli tadi besar-besar memang puas makan,tapi memandangkan aku bukanlah seorang yang gemarkan sangat makanan laut ni,jadi aku masak make biasa-biasa je la.

Selain itu,ambal boleh didapati di Sabah dengan nama pahat-pahat,Terengganu ( siput pahat ),dan yang terkini dijumpai di Kuala Langat,Selangor.Malah,spesis ambal turut terdapat di California (Amerika Syarikat),China dan Hong Kong.Amacam korang ada terasa nak try tak ambal ni?.


solen corenus
ambal masak 3rasa mek erieyz

ambal









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 4 November 2013

Ronda-ronda dengan mala

Minggu lepas aku menerima seorang lagi kawan serumah,normala.Dia satu kampung dengan aisyah,satu negeri dengan aku.Dia dapat kerja dekat jabatan kesihatan negeri sarawak, sebagai penolong pegawai sains.Jadi,aku dengan aisyah bawa la norma ni jalan-jalan sekitar kuching.Kitaorang pergi muzium kucing.Aku sendiri pun tak pernah sampai lagi kat sini sebelum ni,dekat muzium ni macam-macam korang boleh tau pasal kucing.Aku ni plak memang tak suka dengan kucing,sebab rasa fobia lagi masa umur aku 9tahun,pernah kena gigit dengan kucing,sampai ke hari ni aku tak suka dengan binatang yang bernama kucing ni.
Alang-alang dah pergi muzium ni,aku ada la baca sedikit sebanyak mengenai kucing ni.Baru aku tau,rupanya kucing ni dilahirkan buta matanya,selepas 3 hari ke seminggu baru lah kucing tu dapat melihat.Dekat negara luar pulak,memang ada undang-undang kucing,dimana kucing kena pakai loceng supaya burung ke binatang pe ntah aku lupa dah,boleh menyedari kewujudan kucing ni.Banyak lagi yang korang boleh tau pasal kucing ni,aku malas nak membaca sangat.
Lepas pergi muzium kucing,kitaorang bawa norma pergi muzium negeri dan jugak waterfront.Dia pun nampak dah boleh terima dah berada kat kuching sarawak ni.Ser0nok berada tempat orang,sebab banyak benda boleh kita belajar dan tau,selain dari banyak tempat yang boleh kita lawati.



my new housemate 
mek erieyz vs normala


tempat perkuburan kucing

hihi kucing betul x danya nk cium aih

aisyah vs mala
bapak kucing






patung buaya @ waterfront


cek mek kelate

sama bsr mulut mek eri nga boyo tu



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah aku ucapkan kepada semua,mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang penulisan aku ada yang tersinggung ataupun terguris hati.Kita tutup buku lama,buka dengan buku baru dengan azam baru dan lebih banyak amalan dapat kita buat.Apa la aktiviti korang hari ni???.Aku rehatkan diri dekat rumah,smabil berblogging la,jarang dah sekarang aku dapat menulis blog,disebabkan sibuk dengan urusan seharian.Makin kita dewasa,makin banyak tanggungjawab yang terpaksa kita lakukan.Dan aku harap semua dapat bermuhasabah diri,semoga hari esok akan lebih membawa keberkatan.Selamat menyambut maal hijrah ikhlas dari mek erieyz.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner