Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: February 2014

Saturday 22 February 2014

Laksam kelate

Ada sesapa pernah makan laksam kelate tak??.Setiap negeri ada laksa tersendiri,dekat kelate selain laksa,ada jugak laksam,laksam ni bentuk bulat bila dipotong.Aku buat laksam,tapi tak berapa menjadi bentuk,lebih baguus korang buat atas tudung perik lagi senang,rumah aku tak ada tudung periuk leper terpaksa buat atas loyang.Hasil tak berapa menjadi sangat la,yang jadi mirip laksam tu ada la.Resipi kalau korang nak korang boleh tengok dekat blog Azie Kitchen,dekat situ dia dah tulis dan bagi bancuhan,korang ikut je nanti.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 16 February 2014

Dinner PJMS

Pada 8.2.14 aku telah pergi dinner Persatuan Jururawat Masyarakat Sarawak (PJMS),aisyah sponsor tiket aku dengan mala,sebab ini dinner dieorang,jadi aku dengan mala sebagai tetamu la,itu kata aisyah.Aku dengan mala ikut je la,orang dah sponsor tiket,makan free lagi kan jadi ikut saja la.Tema dieorang purple,pagi itu aku dengan aisyah pergi cari baju purple,sebab kitaorang memang tak ada baju warna purple.Aku beli baju simple je,aku padankan dengan seluar slack hitam.Sampai sana memang boleh dikatakan,semua datang menepati tema yang telah diberitahu.Rupanya dinner ini,dapat sponsor dari Bio Natural,kiranya pelancaran produk ni sekali.Semua tetamu yang hadir dapat gift dari pihak Bio Natural iaitu sabun muka dan jugak kopi.


abaikan background belakang ya.hihi


daging masak blackpaper




gift from bio natural

satu paket kopi dari bio natural

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 15 February 2014

Singgang Tulang Lembu

Aku baru je lepas makan tengahari,hari ni aku buat singgang tulang lembu.Jumaat hari tu aku beli tulang lembu dekat CCK,teringin nak makan, itu yang hari ni aku merajinkan diri masak singgang ni.Kalau dekat kelate masak singgang memang terkenal,kalau ada sesapa yang pernah make mesti bersetuju dengan pendapat aku kan,memang sedap masak singgang ni.Ok la aku syer resipi dengan korang semua ya,senang je sebenarnya masak singgang ni.

Bahan-bahan

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Ketumbar
Cili kering
Asam gelugur


Korang campurkan semua bahan-bahan ni kedalam periuk yang berisi air dengan tulang lembu.Aku rebus dulu tulang lembu tadi,daging dah empuk baru aku masukkan semua bahan tadi,korang pandai-pandai la agak nak letak banyak mana semua bahan tadi ya,jangan lupa letak garam semua pulak.Selamat mencuba.




singgang tulang lembu


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

The Summer Mall

Semalam,aku dengan kawan rumah aku lagi dua orang,sapa lagi kalau bukan mala dengan aisyah.Kitaorang keluar pergi jauh sikit la,pergi Kota Samarahan.Kitaorang saja pergi sana sebab ada shopping mall baru buka,tak silap tahun lepas tapi aku tak ingat bulan berapa,jadi lama tak lama la kan dah banyak bulan jugak la buka.Baru semalam kitaorang berkesempatan pergi ke The Summer Mall.Banyak lagi kedai-kedai yang tak dibuka,sebab masih lagi baru jadi dalam proses,sebelum ni aku dengar cerita kawan-kawan yang pergi kesini.Dekat sini juga ada,the summer lagoon,ada tempat permainan dan sesuai la bagi yang nak bawa anak berjalan-jalan.
Kitaorang makan dekat food court semalam,dekat kedai thai.Aku dengan mala order tomyam thai,memang sedap dan kaw la tomyam,tapi yang tak berapa nak kaw standard la,lauk sikit tapi bawang serai bukan main banyak lagi,nasib baik la sedap.Kalau korang nak pergi,aku cadangkan korang try tomyam dekat kedai thai memang sedap la.Habis makan kitaorang ronda-ronda,lepas itu terus balik.Jalan-jalan hujung bulan,cuci mata je la nk shopping nan sik dapat la,tungu gaji baru nyaman gik berjalan.Semalam aisyah belanja kitaorang semua makan,terima kasih banyak aisyah,semoga semakin bertambah rezeki.Amin.





KAMI

crispy chicken with butter

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Perpisahan

Sebenarnya selain dari majlis perpisahan yang kitaorang buat jamuan yang 3 in 1 tu,aku dengan rakan-rakan sekerja yang lain terlebih dahulu celebrate dekat SCR.Kira ni semua rakan-rakan terdekat je la yang pergi,bukan satu klinik.Kitaorang pun rancang last minute majlis ni,tapi alhamdulilah berjalan dengan lancar.Semoga kak dayah,sentiasa di berkati di tempat kerja baru nya dan jangan lupakan kitaorang semua dekat sini.Adat la setiap pertemuan,pasti ada perpisahan,walaupun kadangkala perpisahan itu sangat menyentuh hati.




bye bye kak dayah




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Berposing dengan Nonoi

Masa aku balik KL baru-baru ni,kawan sekerja aku nonoi yang hantarkan ke airport,sebab aisyah dah balik kampung.Aku tak ambik cuti pun,balik cuti hari minggu.Apa lagi sempat la berposing dekat airport tu dengan si nonoi ni,apa pun terima kasih banyak nonoi sebab sudi hantar kamek ke airport.





hihi so selfie

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

3 in 1

Baru-baru ni klinik aku buat sambutan hari raya cina dengan sambutan krismas selain tu majlis perpisahan jugak,kiranya 3 in 1 la.Majlis perpisahan untuk kak dayah,yang dapat pindah balik semenanjung,dapat Hospital Besar Melaka.Meriah sambutan,sebab dieorang semua yang menyanyi lagu tradisi lagu raya cina dan jugak lagu krismas.



cantik staff pakai cheongsam

sama-sama menyanyi

kak dayah dapat hadiah kenang-kenangan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

kenduri kawen

Aku dah lupa bila tarikh kenduri yang aku pergi ni.Aku dapat jemputan dari rakan sekerja aku abang sahari,anak dia kahwin.Jadi kitaorang pergi konvoi ramai-ramai dengan rakan sekerja yang lain.Lauk-pauk yang dihidangkan pun sedap membuka selera aku sampai tambah dua kali,dasyat tak selera aku.hihihi.Tiap kali pergi kenduri aku memang bawa perut kosong la,sebab nak makan dekat tempat kenduri tu,sebab tu aku cukup marah kalau lauk yang dihidangkan tak sedap,kesian dengan tetamu yang macam aku ni kan pergi dengan perut kosong.

rakan sekerjaku

kak dayah vs mek erieyz

make make make
lauk kenduri yang menyelerakan


abg sahari (tengah)



pasangan pengantin

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner