Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: October 2013

Thursday 24 October 2013

Rayo aji di kelate

Raya aji memang meriah la kan dekat kelate kan,semua orang akan bercakap mengenai kemeriahan beraya kat kelate,memang tak dinafikan raya haji kt kelate sangat meriah jika nak di bandingkan dengan dengan negeri lain.Sebelum ni aku pernah sambut raya aji dekat KL,Langkawi dan jugak Sabak Bernam,biasa biasa saja sambutan dekat situ.Apa yang meriah nya dekat kelate kerana boleh dikatakan semua tempat lakukan ibadah korban,kadang-kadang terpaksa ikut turn tunggu tukang sembelih,sebab ramai sangat yang nak korban lembu.Satu kampung sampai tak terkira,itu yang meriah,sana sini orang berkumpul.Mana-mana rumah pergi dah tentu la menu daging je kan,tak kira la daging goreng,daging singgam,macam-macam lagi la.Berat badan tak payah nak cerita la,conform naik mendadak.


lembu yang telah disembelih

adik dan sedara mara ku

sedia untuk dilapah
kenangan beraya di Sabak Bernam

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Menu Aidiladha

Hari raya aidiladha baru-baru ni,menu raya pertama aku masak laksa sarawak dan juga nasi dari beras padi huma yang aku bawa balik dari Kuching.Tujuan aku masak nak bagi saudara mara dan jugak jiran tetangga aku rasa menu dari sarawak ni.Seperti yang korang sedia maklum la,raya haji dekat kelate suasana memang meriah,sana sini orang korban lembu.Jadi aku masak siap-siap la makanan ni,sebab bila lembu dah dikorban,dah tentu la menu daging saja la kan.Alhamdulilah,menu yang aku masak ni mendapat sambutan ramai la,sebab habis menu yang aku masak.Kawan-kawan rapat aku jugak ada datang beraya,maklum lah bila dah jauh masing-masing sibuk dengan la kan,waktu raya macam ni la baru dapat berkumpul ramai-ramai.Kalau korang nak tau resipi laksa sarawak ni boleh klik sini,kt blog kak ton.


terpaksa make kt bawah rumah ramai nga tetamu ( kesian mat lok..hihi)

aje make dgn penuh kesopanan

laksa sarawak

beras padi huma+tauge goreng+masak lemak cili api aye+ike kering made in sabah

my juadah

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Mee Kuah Mat Zain

Kalau korang ore Tanah Merah Kelate,mesti tau la kan nama kedai ni kan.Sebab kt tanah merah memang terkenal mee kuah mat zain ni.Aku tiap kali balik kampung,mesti singgah make kt restoran ni.Selain dari tu,aku tumpang bangga dengan restoran ni.Bermula dengan kedai kecik je dekat market tanah merah,tapi sekarang dah ada restoran sendiri,dan restoran beliau sentiasa penuh.Jadi kalau korang pergi tanah merah jangan lupa try mee kuah mat zain ni.Walaupun,aku selalu buat mee kuah ni tapi rasa tak sama dengan mee kuah mat zain ni.Memang sedap dan tak rugi untuk singgah make kt restoran ni.Nama je mee kuah,tapi dieorang akan campur mee kuning + bihun + kueow tiow.Jadi ikut selera masing-masing la nak make campur semua ke,ataupun salah satu je.Buat entri pasal make ni,tetiba la plak aku lapar.Ok nak g cari makanan jap.Korang jamu mata dengan mee kuah mat zain ni ya.


mee kuah mat zain

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ike Terubuk Fresh

Korang pernah make ike terubuk dop,ike hok banyok tule ( tulang),tu la.Dekat Sarawak memang terkenal dengan ikan terubuk la kan,aku sebelum ni memang tak pernah makan sebab banyak tulang,jadi tak berani nak makan,tapi bil;a dah duduk kuching,aku dah pandai make dah .Hari-hari tengok ikan tu,tak make rugi la plak kan,kalau goreng garing tak terasa pun tulang ikan tu.Tiap kali balik kampung aku memang akan beli ikan terubuk bawa balik.Tapi kali ni selain dari terubuk masin,aku bawa pulang ikan terubuk fresh dari kampung Tembirat,Kota Samarahan.Sekarang musim ikan terubuk bertelur,jadi aku beli 6 ekor terubuk fresh semuanya bertelur.
Korang tau aku masak apa dengan ikan terubuk fresh ni,aku buat masak steam.Ini pun masa dekat klinik,aku tengok kak ton masak,jadi aku belajar dan balik masa kat kampung.Sedara mara aku semua puji cakap pencicah yang aku buat untuk cicah dengan ike terubuk ni sedap,terima kasih kak ton sebab ajar buat.Aku syer nga korang ya,korang tumbuk bawang putih,cili api,garam dan gula,bila dah lumat masukkan kicap kedalam lesung tadi,lepas tu perahkan asam limau nipis kalau nak sedap lagi perah asam limau kasturi.Nanti boleh la korang try buat ya.


ike terubuk masak steam + pencicah

pencicah ike terubuk


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 15 October 2013

Dikampung sudah

Alhamdulilah,aku dah selamat sampai kampung dah.Semalam lagi aku sampai jam 7.40 aku selamat sampai di airport pengkalan chepa.Rasa teruja sangat dah sampai kelate,sebab aku akan menghabiskan cuti selama 2 minggu dikampung,memang best kan.Korang semua dah balik kampung belum ni,ke ada yang tak balik beraya ni?Apa pun aku akan sambut raya kt kampung halaman tercinta.Mood sangat-sangat happy.hihi.Ok jumpa di next entri.Bye-bye.



pemandangan dari dalam flight
nyum nyum menu dari mas airlines


mek eri nga brg nak bawa balik kg

aisyah dengan beg-begnya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 11 October 2013

Imbas kembali

Tengok student datang praktikal kt klinik,teringat la plak zaman aku student dulu.Macam-macam kenangan,tangan mengigil nk bagi suntikan dekat pesakit,itu belum lagi kena soal dengan clinical instructor rasa nak terkencing pun ada,sebab sangat tegas.Selagi tak dapat buat nga tak tau prosedur jangan harap dapat target.Tapi disebabkan ketegasan dieorang la aku jadi macam sekarang.Pengalaman mematangkan aku,semoga semua student akan lebih berjaya lagi dan sabar dalam menghadapi semua rintangan.Kepada staff nurse goverment semoga sabar menghadapi student tak kira student kkm ataupun swasta,layan la sama rata dalam memberikan ilmu pengetahuan.
Kenangan bersama student


Gift from student kskb kuching

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 10 October 2013

Menghitung detik dan waktu

Serius cakap, aku sekarang hati dah tak ada kt kuching dah,hati dah kt kelate dh,hihi.Sebenarnya,aku tengah menghitung waktu dan detik nak balik kampung.Korang tau kan raya posa hari tu aku tak balik,jadi raya haji ni aku balik dapat cuti 2 minggu memang syok la kan,dapat dok kampung lama-lama.Esok last aku kerja,sabtu dah fly balik kelate.Tak sabar nak balik jumpa dengan family kt kampung,balik rumah dapat make macam-macam dan sesi mengemukkan lagi badan aku yang sememangnya dah bulat ni.huhuhu.Punyer la excited aku dah siap packing barang-barang dalam beg dah,walaupun flight aku hari sabtu,keterujaan aku tak dapat nak sorokkan lagi.Nasib baik balik ni aku guna tiket waren,jadi naik mas airlines memang bagi 30kg free luggage,sebab banyak barang aku nak bawa balik,buah tangan dari sarawak la,kek lapis,ike terubuk,macam-macam lagi la.Tak sabar nak balik bawa ole-ole dari sarawak ke kelate,sabarlah wahai hati.


ole-ole untuk dibawa pulang(psstt ada masa aku cite pasal sardin tu,dekat sarawak je ada sardin ni tau)

hihi dah siap packing dah 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ronda-ronda hilangkan stress

Wah dah lama dah tak update blog,sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah habis.Korang semua apa khabar la,rindunya lama tak membebel kt sini.Ok la,baru-baru ni aku ada balik Setia Alam,jumpa dengan sepupu dan jugak adikku.Kitaorang sempat keluar jalan-jalan,hilangkan penat dan stress dengan kerja.Korang pun kadang-kadang mesti stress dengan kerja kan,jadi waktu cuti la dapat rehat,jalan-jalan hilangkan masalah dengan kerja.








balkis yg semakin cerdik

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner