Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: July 2013

Sunday 28 July 2013

Berjalan nga mek yanie

Semalam,aku keluar berjalan dengan mek yanie,zara dan husbandnya.Kitaorang pergi berjalan ke kota bharu.Tapi x sempat nak snap pic.Ingat nak beli baju raya,tapi tak ada rezeki,baju yang aku nak semua habis saiz.Nanti la aku teruskan lagi operasi mencari baju raya,walaupun tak balik beraya,tapi baju raya kena ada la,dengar cerita kt sarawak raya posa meriah.
Mek erieyz & Mek yanie

Si kecik zara 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 27 July 2013

Balik kg ooo balik kg

Alhamdulilah,selamat sampai kt kampung tercinta dah.Balik rehatkan diri,sambut puasa bersama ibu tercinta.Raya tahun ni,aku beraya kt sarawak.Jadi,aku ambik cuti la untuk berpuasa kt kampung.Terima kasih aisyah sudi hantarkan ke airport.Aku gerak semalam turun KL,pagi tadi aku balik kampung naik bas.Dan alhamdulilah pukul 4.30 petang tadi aku dah selamat sampai ke Tanah Merah.
Terima kasih aisyah

Mood hepi dpt blik kg.hihi

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 25 July 2013

Nasi aye dayang senandung

Hari ni,aku buat nasi aye untuk juadah berbuka.Aku rasa, aku letak terlebih kicap kot sebab bila goreng nampak hitam,tapi bukan hangit tau,cuma warna tak berapa menarik .Itu aku namakan dayang senandung,ada kan cite zaman dulu yang gelap heroin nya,korang google la aku malas nak cite.Jadi disebab kan aye aku yang hitam ala-ala dayang senandung,tu aku namakan nasi aye aku ni,nasi aye dayang senandung,aku yang penat masak si dayang yang dapat namakan.hihihi.


nyum nyum 

pencuci mulut


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 24 July 2013

Tong Gas habis

Hari ni tengah memasak untuk juadah berbuka,sekali gas habis la plak.Terpaksa la tunggu orang hantar gas,kul 6lebih baru datang.Mana la sempat nak masak,terpaksa berbuka dengan air masak dengan kurma dulu,pastu baru sambung masak.Tong gas ada dua,tapi selalu tak ada masa nak tukar baru yang lagi satu,alih-alih habis gas baru tersengih.

Lepas berbuka,aku teruskan sesi memasak.Hari ni menu ringkas je,aku buat ike bawal masak sweet & sour,kacang buncis goreng,untuk kuih plak buat cekodok pisang.


ike bawal sweet & sour

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 22 July 2013

Berbuka dengan Sugar Bun

Hari ni,malas rasa nak masak mungkin sebab aku penat kot,lagipun semalam kena diarhea masih terasa kepenatan tu gara-gara berulang ke toilet.Jadi balik keja tadi,aku nga aisyah singgah beli makan kt sugar bun.Dekat semenanjung tak ada restoran ni.Sama macam kfc gak,tapi selain dari ayam banyak lagi menu lain yang ada.Aku tadi beli set nasi.Ada ayam 2ketul,ayam ada yang original je,spicy tak ada.Selain dari ayam,ada acar timun dan air bandung,ni bulan posa dieorang bagi 3biji kurma.
Selain dari ayam,dieorang ada jual nasi lemak,makaroni goreng,masak stim,macam-macam menu lagi la,jenuh aku nak taip satu-satu kan.Set nasi nga ikan talapia dieorang pun best tau,ikan talapia memang betul-betul garing dan sedap .Jadi kalau korang ada datang bercuti ke sarawak ni,jangan lupa singgah makan kt sugar bun ya.Banyak cawangan sugar bun kt seluruh kuching ni.Rugi la kalau tak try.

sugar bun restaurant

set ike talapia

menu
nasi lemak+aye kari

cer teka pe yang mek eri beli???

air bandung

my faberet chicken wing+
chicken thigh

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 20 July 2013

Coach 2AA





Coach Highgred Quality  2AA
Size : L 15" H 10"
Material : Artificial Leather
Price : RM 160/RM 165
Free post S/S add RM 5
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Stock Louis Vuitton











Material canvas + Artificial Leather
RM 160/RM 165
Gred AA
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 18 July 2013

Sampai sudah

Alhamdulilah,selamat sampai serunding yang mak aku pos dari kampung.Aku ingat,sebelum ni balik dari kampung baru nak bawa, tapi memikirkan banyak yang order, aku ambik order dari kawan-kawan sekerja ku.Dan ada jugak dari klinik lain yang order,alhamdulilah rezeki ramadhan.Terima kasih banyak pada mak aku yang banyak membantu,pergi membeli dan pos kan untuk aku.Permintaan yang mengalakkan,aku kena pos sampai tiga kali pos.Dan baru sampai 1st round,lagi 2 belum sampai,harap dapat setel sebelum raya la.Banyak order terpaksa tolak sebab takut tak sempat sampai sebelum raya.Walaupun penat dan letih dengan kerja, dan bisnes sampingan yang aku buat, tapi aku enjoy dan harap sentiasa dimurahkan rezeki bukan saja aku,tapi pada korang semua gak,harap kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang kita dapat.


serunding daging

serunding ikan

order customer

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 15 July 2013

Aye madu ala mamak

Alhamdulilah sudah hari ke enam dah kita posa.Bukan main meriah lagi,sana sini update pasal menu make sungkil.Kt moments we chat aku macam-macam makanan ada,aku pun tak ketingglan sebok update.Sharing is caring kan.hihihi.

Sebenarnya dari semalam lagi,aku teringin nak make aye masak madu.Dulu masa belajar, selalu beli kat cafe hostel kolej.Ada kedai mamak ni,memang sedap aye masak madunya.Tadi aku pun saja la try buat,alhamdulilah menjadi gak.Aku sebenarnya,sedikit memilih dalam makan,sebab aku suka make manis.Kalau tak manis, tak berapa kenyang nak make.Bukan sebab aku ore kelate ya,lagipun ada gak ore kelate tak suka make manis,jadi sila perbetulkan tanggapan anda semua.Kalau makanan aku order atau beli tak sedap,aku sanggup lapar dari makan makanan tersebut.Jadi sebab perangai aku yang entah apa-apa je ni,lebih baik aku masak sendiri,puas ati kan kan kan.

aye madu + tauhu
aye madu ala erieyz

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 14 July 2013

Al-kisah gred handbag

Sebelum aku meniaga handbag lagi,aku memang suka sangat membeli handbag ni.Pantang tengok design yang cantik dan berkenan dihati mesti beli.Kalau tak beli,mesti dok ingat je sampai tak boleh tidur.Dulu beli pun yang harga biasa-biasa je la kan,tak mampu nak beli yang mahal.Sekarang ni pun sama jugak tak mampu nak beli yang mahal pun,beli yang ikut gred je la.Nak beli yang original,macam coach,gucci semua tu,mau pengsan aku.

Sebenarnya,handbag yang ikut gred ni pun bagus dan elok,asalkan korang pandai pilih.Makin tinggi gred sesuatu handbag,makin menyerupai yang original,sekali tengok mesti cakap ori.Banyak lambakan handbag sekarang kt online,uptown.kedai-kedai biasa.Ada yang murah dan yang mahal.Bagi yang tak pernah beli,mesti cakap yang tu jual mahal,yang ni jual mahal.Sebenarnya beza setiap handbag adalah berdasarkan gred dan kualiti.Design memang sama,tapi kualiti sangat lain.Sekali tengok dan sentuh pun dah tau jenis kain dan gred nya,jadi korang jangan tertipu la ya.Gred 1a tapi cakap gred 3aaa,jadi pandai-pandai la korang buat pilihan ya.

Yang original harga mau mencecah beribu ,jadi apa guna habiskan duit untuk sesuatu yang mahal,sekiranya kita boleh dapat dengan harga yang murah kan.Lain la kalau korang berkemampuan kan.Lagi satu kalau nak beli,beli la yang gred tinggi conform korang puas ati dan boleh guna lama.

koleksi mek eri



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Juadah makan sungkil

Hai korang dah kenyang dah ke suma berbuka tu??.Hari ni dah masuk berapa ramadhan dah ya,aku sekali pun tak pergi lagi terawih.Tahun ni kemalasan aku makin menjadi-jadi plak,aku harap dapat la pergi jugak masjid nanti untuk berterawih.

Eh tengok dari tajuk korang paham ke pe aku cakap tu??.Masa awal-awal posa hari tu,aku pun tak berapa nak faham,semua orang tanya aku kelak kitak sungkil makan apa tek.Aku bengong gak,tapi aku sengih je la.Jenis aku plak,aku suka faham sesuatu benda melalui pemerhatian,kira aku dok dengar ayat tu je,dan baru aku faham rupanya kat sini,juadah berbuka posa,orang panggil sungkil.Tak tau la betul ke tak ejaan ni.Kalau betul-betul tak faham baru aku akan ringankan mulut bertanya,kalau tak aku lebih suka cari sendiri setiap benda yang aku tak faham.FUhh panjang betul aku melalut,jadi pendek cerita,kt sarawak ni panggil sungkil = makan apa bila berbuka.Kalau salah,tolong betulkan ya.Kalau tak "ampunkan saya penunggu gua",ayat dari seseorang,yang tersangatlah comey bila die sebut.hihihi

Ok ok kembali ke tajuk asal,hari ni hari minggu.Dalam pukul 12.30tengahari aku keluar dengan aisyah,pergi E-mart( pasaraya).Kitaorang g cari barang basah,dan juga barang keperluan lain la yang aku rasa tak payah la aku nak senaraikan satu persatu kan.Ingat nak masak ikan patin masak tempoyak,tapi ikan patin tak ada pun,ubah plan buat masak tempoyak gak,tapi guna ikan mata besar ( ikan lolong),kalau tak silap aku la.Selain tu,aku masak ike terubuk campur bawang+daun cekur manis goreng+tauhu goreng cicah kicap+ulam kacang panjang+budu campur tempoyak.Untuk minum,aku buat tembikai laici.Kuih plak aku buat jemput malas ni ore kelate panggil la,ataupun cucur bawang+kangkung.Pencuci mulut,buah tembikai.Bila dah masak baru sedar,menu hari ni bertemakan ikan la plak.Semua protein,jadi kita membesar dengan sihat dan jayanya.


tembikai laici

ikan terubuk goreng+ikan masak tempoyak+tauhu goreng & yang sewaktu dengannya
ikan masak tempoyak

pencuci mulut

cucur bawang+keropok lekor



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 13 July 2013

New stock handbag raya

LAGI... LAGI.... ITEM OFFER
OFFER BERGAYA RAYA
DEMAM FURLA CANDY MENJADI-2
KALI NI FLOWER DESIGN PLAK.... OH GOJEZZZZ
SENTIASA DIHATI PEMINAT.... EVERGREEN
NAK SET NGAN PUESE PUN BOLEH... SPECIAL PRICE COMFIRM

LAGI... LAGI.... ITEM OFFER
OFFER BERGAYA RAYA
COACH HIGHGRED QUALITY
CHERRY DESIGN.....
SENTIASA DIHATI PEMINAT.... EVERGREEN
NAK SET PUN BOLEH... SPECIAL PRICE COMFIRM

Coach Highgred Quality
New Design

LAGI... LAGI.... ITEM OFFER
OFFER BERGAYA RAYA
COACH HIGHGRED QUALITY
CHERRY DESIGN.....
SENTIASA DIHATI PEMINAT.... EVERGREEN
NAK SET PUN BOLEH... SPECIAL PRICE COMFIRM

Coach Highgred Quality
New Design

Coach Highgred Quality
New Design



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 11 July 2013

Open For Pre order

OPEN FOR Pre Order... 
Custom made mengikut saiz anda. 
MATERIAL : QUALITY CHIFFON
QUALITY TERJAMIN
Baju akan dipos bermula 22 JULAI 2013
open untuk 2 warna ni sahaja









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner