Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: Gayu Guru Gerai Nyamai

Thursday, 23 May 2013

Gayu Guru Gerai Nyamai

Tengok dari tajuk,korang agak la apa benda maksud ayat tu?.Mula-mula sekali aku tengok ayat tu,aku ingat ucapan selamat hari guru,tapi ternyata meleset,bukan ucapan hari guru la.Sebenarnya ini adalah ucapan sempena Hari Gawai Dayak.Aku kan kat Sarawak sekarang,jadi memang terasa la bahang sambutan tu.Ramai rakan sekerja aku yang akan menyambutnya.Kalau kat semenanjung memang aku buat tak tau je,sebab tak tau apa sebenarnya sambutan ni,tapi bila kt sini memang di sambut jadi memang terasa bahang kemeriahannya,macam nak raya jugak la.





kawan-kawan yang sambut Hari Gawai


Kt Sarawak setiap 1 Jun setiap tahun adalah sambutan Hari Gawai Dayak.Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.Faham dh ke korang sekarang?Kalau tak faham aku kongsikan sedikit entri dari ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada wikipedia.





 Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera berbangsa Dayak termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuak dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 comments:

  1. Takde pun erti gayu guru gerai nyamai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dia bg tau kat atas...lbh kurang bermksud umur panjang, beroleh kesihatan yang baik & sejahtera kehidupan...itu la mksdnya

      Delete
  2. Menoa=Perkampungan ie satu kawasan mengandungi bbrp RumahPanjai/-jang (dbp TuaiRumah) yg berlindung dbp PenghuluMenoa, biasanya sesungai/seminanga/-kuala. Bbrp Penghulu pula berketuakan seorg Pemanca dst bbrp Pemanca dbp seorg Temenggung. Tidak ada istilah Kampung digunakan sbb dlm bhs Iban, kampung ertinya hutan, eg OpisKampong=Pej Perhutanan.

    ReplyDelete

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner