Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: uncle bob fried chicken

Monday, 2 September 2013

uncle bob fried chicken

Kalau dekat area kuala lumpur,selangor sebut je uncle bob boleh dikatakan semua tau dan mesti terbayang ayam goreng yang rangup dan pedas-pedas manja gitu kan.Aku memang suka make aye goreng uncle bob ni,sebab sedap lagi satu ayam tu digoreng dan panas-panas bagi kita,tak kena gaya mau melecur mulut kan.Setiap kali aku balik KL,wajib pergi cari uncle bob ni,aku suka beli dekat uptown dana kota,Setapak.Selalu memang beratur la sebab ramai,tapi semua sanggup tunggu sebab sedap dan memang dijual secara panas-panas kan.
Menunya simple je,ayam goreng yang dipotong secara "fillet" tanpa tulang dan tanpa kulit.Disaluti dengan tepung yang amat crispy bila digoreng.Setelah digoreng iana boleh dipilih samada hendak menambah perisa 'Hot & Spicy' ataupun regular sahaja.Kemundian ianya dipotong 'bite-bite' dan dimasukkan kedalam beg kertas.Korang boleh nikmati dengan santai,duduk dimeja ataupun sambil berjalan-jalan.Harga sangat berpatutan RM6.
Dekat area kuching,memang aku tak ada jumpa lagi la uncle bob punyer gerai,jadi bagi yang tak pernah makan lagi boleh la try nanti ya.Bagi yang memang dah selalu makan tu,mesti setuju dengan pendapat aku kan memang sodap kan ayam uncle bob ni.


packaging uncle bob fried chicken



uncle bob fried chicken





Hot & Spicy fried chicken



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner