Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: Kampung Budaya

Sunday, 1 December 2013

Kampung Budaya

Minggu ni memang ada je aktiviti hari minggu aku dengan housemate aku,semalam pergi kenduri,hari ni plak kitaorang pergi kampung budaya dekat Damai Sentral,area Santubong .Bagi sesiapa yang berkunjung ke kuching ni memang wajib la pergi tempat ni,sebab kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis rumah suku kaum yang terdapat kt Sarawak .Hari ni baru aku berkesempatan pergi kesini,setelah sekian lama aku berada di kuching.Korang nak masuk dalam kg.budaya kena beli tiket,harga tiket bagi penduduk tempatan RM25,kalau yang bukan dari Sarawak RM60 satu kepala,bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah RM30.Tapi kalau macam aku yang bekerja dekat sini harga RM25 ,tapi pastikan korang bawa pass kerja korang atau apa saja la yang membuktikan korang memang bekerja dekat sini,baru boleh masuk dengan harga RM25,kalau tak bawa terpaksa la bayar RM60.
Dalam kg.budaya selalu ada persembahan,tapi tadi kitaorang pergi dah lewat jadi terlepas persembahan.Aku tak boleh nak bagitahu secara detail sebab aku tak pernah tengok persembahan tersebut,jadi korang pastikan pergi awal la k nanti dapat tengok persembahan dan adat resam suku kaum yang terdapat dekat sarawak.Aku ada tanya pekerja kt dalam ni tadi persembahn tadi pukul 11.30pagi,kalau ramai orang akan dibuat lagi sekali 12.30 tengahari,kalau tak ramai memang tak akan buat,dan untuk petang pukul 4 petang.
Dalam kg.budaya tadi aku pergi tengok semua rumah yang ada,ada rumah orang ulu,iban,bidayuh,melanau,cina,melayu aku pun tak berapa ingat sangat.Maafkan aku yang sememangnya pelupa ni ya.Dekat rumah orang iban tadi,korang dapat sewa kostum pakaian tau,tadi aku sewa pakai baju orang ulu.Tak mahal pun untuk sewa baju lengkap dengan aksesori bangsa apa yang korang nak pakai,harga bagi setiap kostum RM10.Selain dari itu,setiap rumah yang korang pergi ada dieorang jual makanan suku kaum masing-masing,jadi jangan lupa beli dan cuba ya.







yeay dh dpt tiket & sticker


ok best,tak pedas pun





pakaian orang ulu




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner