Sebelum ni, aku ada cerita pasal buah engkalak,kalau korang dah lupa boleh klik
sini.Dan aku ada janji nak cerita satu lagi buah yang ada kt Sarawak ni kan iaitu buah dabai.Buah dabai sama macam buah engkalak jugak ikut musim.Buah dabai ni berwarna hitam dan bentuk macam kurma, dekat borneo je ada buah ni.Buah dabai korang boleh makan dengan rendam dalam air panas lebih kurang 5 minit bagi lembut,mula-mula aku tak boleh terima buah dabai sebab macam lain rasa,tapi sekarang aku sangat mengemari buah dabai ni.Bila dah rendam dalam panas,dah lembut korang boleh makan cicah dengan garam ataupun kicap manis.Aku suka cicah dengan garam.
Selain tu dabai ni boleh dijeruk,dan jangan tak tau nasi goreng dabai pun ada.Sekarang memang musim buah dabai,jadi kalau korang datang berkunjung ke Sarawak boleh la order nasi goreng dabai dan rasa sendiri keenakan buah dabai ni.Buah dabai rasa lemak berkrim.Harga pulak kalau bukan musim dabai sekilo boleh mencecah RM19 sekilo,tapi kalau memang musim dabai harga boleh jatuh RM 5 sekilo.
|
nasi goreng dabai |
|
isi dabai |
|
buah dabai |
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
0 comments:
Post a Comment