Korang pernah dengar tak buah engkalak ataupun nama saintifiknya
Litsea garciae.Buah ni buahan yang bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat melayu,melanau dan iban.Buah ni sukar untuk dijumpai dekat kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu,Sarikei atai Bintangor.Tapi sekarang memang musim buah engkalak sebab banyak sangat orang jual dekat pasar-pasar sekitar kuching.Dekat klinik pun ada yang bawa,aku tak pernah tengok dan makan buah engkalak,sebab dekat semenajung memang tak ada buah ni,sebab buah ni hanya tumbuh subur di kepulauan Borneo sahaja.
Buah engkalak warna pink kalau dah masak,belum masak warna hijau.Macam terung pun ada bentuk nya yang kecik.Kawan tempat kerja aku ada bagitahu kalau nak sedap lagi,rendam buah ni dengan air suam lebih kurang 2 minit,lepas tu cicah dengan garam,makan dengan kulit lagi sedap sebab terasa lemak buah engkalak ni.Bagi yang pernah bekerja dekat sarawak,tentu pernah makan dan bagi yang teringin nak rasa boleh la berkunjung ke Sarawak,sekarang memang musim buah engkalak.Ada masa nanti aku cerita satu lagi buah tempatan dekat sarawak ni ok.
|
buah engkalak |
|
belum masak lagi warna hijau |
|
sedia untuk dimakan
|
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
0 comments:
Post a Comment