Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: Solen Corenus

Wednesday, 6 November 2013

Solen Corenus

Mesti korang pelik kan dengar tajuk aku kat atas tu,apa benda la ya??.Sebenarnya,solen corenus tu nama saintifik,kalau kt sarawak ni lebih terkenal dengan ambal ataupun siput buluh.Bagi yang berada kt sarawak ni mungkin ada yang tau dan pernah makan la kot.Aku pun duduk kt kuching ni baru make,sebelum ni makan kawan yang masakkan,dieorang masak kari ambal .Tadi aku beli setengah kilo ambal ni,aku buat masak 3 rasa,tapi satu rasa je aku rasa.hihi.

Ok kat sini aku bagi sedikit info la kt korang mengenai ambal ni.Ambal haiwan yang hidup di pasir berlumpur disekitar pantai,merupakan punca sumber rezeki kepada penduduk sekitar Asajaya Laut,Bako dan Buntal.Memandangkan ianya bermusim,harga bagi sekilogram adalah tidak menentu.Jika kena pada musimnya,korang boleh dapat membeli dengan hanya Rm 8 sekilo.Jika bukan musimnya harga boleh mencecah Rm 14- Rm16 sekilo.Ambal yang aku beli tadi besar-besar memang puas makan,tapi memandangkan aku bukanlah seorang yang gemarkan sangat makanan laut ni,jadi aku masak make biasa-biasa je la.

Selain itu,ambal boleh didapati di Sabah dengan nama pahat-pahat,Terengganu ( siput pahat ),dan yang terkini dijumpai di Kuala Langat,Selangor.Malah,spesis ambal turut terdapat di California (Amerika Syarikat),China dan Hong Kong.Amacam korang ada terasa nak try tak ambal ni?.


solen corenus
ambal masak 3rasa mek erieyz

ambal









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner