Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: Al-kisah gred handbag

Sunday, 14 July 2013

Al-kisah gred handbag

Sebelum aku meniaga handbag lagi,aku memang suka sangat membeli handbag ni.Pantang tengok design yang cantik dan berkenan dihati mesti beli.Kalau tak beli,mesti dok ingat je sampai tak boleh tidur.Dulu beli pun yang harga biasa-biasa je la kan,tak mampu nak beli yang mahal.Sekarang ni pun sama jugak tak mampu nak beli yang mahal pun,beli yang ikut gred je la.Nak beli yang original,macam coach,gucci semua tu,mau pengsan aku.

Sebenarnya,handbag yang ikut gred ni pun bagus dan elok,asalkan korang pandai pilih.Makin tinggi gred sesuatu handbag,makin menyerupai yang original,sekali tengok mesti cakap ori.Banyak lambakan handbag sekarang kt online,uptown.kedai-kedai biasa.Ada yang murah dan yang mahal.Bagi yang tak pernah beli,mesti cakap yang tu jual mahal,yang ni jual mahal.Sebenarnya beza setiap handbag adalah berdasarkan gred dan kualiti.Design memang sama,tapi kualiti sangat lain.Sekali tengok dan sentuh pun dah tau jenis kain dan gred nya,jadi korang jangan tertipu la ya.Gred 1a tapi cakap gred 3aaa,jadi pandai-pandai la korang buat pilihan ya.

Yang original harga mau mencecah beribu ,jadi apa guna habiskan duit untuk sesuatu yang mahal,sekiranya kita boleh dapat dengan harga yang murah kan.Lain la kalau korang berkemampuan kan.Lagi satu kalau nak beli,beli la yang gred tinggi conform korang puas ati dan boleh guna lama.

koleksi mek eri



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner