Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: Ramah Tamah Room 9

Tuesday, 27 August 2013

Ramah Tamah Room 9

Korang semua tau kan aku kerja dekat room 9,iaitu bilik rawatan.Tadi bilik kitaorang ada buat ramah tamah untuk yang kerja bilik 9,tapi selain itu ada la jugak rakan sekerja dari bilik lain yang join sama.Eh lupa pulak,mesti korang tertanya kan apa benda ramah tamah ni kan,kt Sarawak ni,sepanjang musim syawal,akan buat ramah tamah,kira macam majlis beramah mesra merapatkan lagi tali silalturahim antara satu sama lain.Kira macam open house jugak la,tapi kalau buat ramah tamah ni contoh kawasan taman,mungkin antara taman je la.Jadi boleh beramah mesra dengan lebih dekat lagi.Ini yang aku faham la mengenai ramah tamah ni,kalau salah mintak betulkan ya.

Panjang betul aku explain pasal ramah tamah ni ya,sebab nak bagi korang semua faham la.Ok tadi,kitaorang buat majlis tu biasa-biasa je,nak seronok je,jadi kitaorang memang masak dekat rumah bawa ke tempat kerja ,jadi sendiri punyer sponsor la kan.Aku bawa sup sayur campur,ikan terubuk goreng,peria goreng dan jugak budu+tempoyak,ulam kacang dan jugak keropok keping dan serunding ikan.Rakan sekerja yang lain pun ada bawa kari ayam,bergedil,gulai lemak labu,ulam-ulaman.Banyak kan,bila dah sorang bawa serba sedikit banyak la jadi nya.Muafakat membawa berkat.hihihi.









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner