Bagi kawan-kawan aku,atau sapa je la yang belajar kolej ambik diploma nursing,kalau dapat panggilan interview korang buat la sebaiknya.Yuran yang kita bayar bukan sedikit,tapi sangat mahal.Jadi rezeki dah depan mata buat la dengan bersungguh-sungguh jangan setakat pergi untuk mencuba nasib sahaja.Selain dari imej dan keyakinan diri,ilmu jugak penting,korang review la sedikit sebanyak apa yang telah kita belajar sebelum ni.Selain dari tu,pastikan korang tau semua prosedur,sebab masa aku interview hari tu memang ada osce sekali,jadi persiapkan diri dengan sepenuhnya.Selain dari tu,korang kena jujur,sekiranya korang memang tak tau dengan soalan yang ditanya,bagitau je korang tak tau jangan jawab merapu.Tapi jangan la sampai semua benda korang tak tau pulak nanti ya.
Alhamdulilah rezeki aku dapat kerja,dah kerja tu jangan lupa pulak bayar balik duit ptptn ya,ini peringatan untuk aku sendiri jugak sebenarnya.hihi.Bila dah kerja,banyak benda yang kena belajar dan praktikkan selalu.Kesugguhan dan usaha sangat penting dalam mencapi kejayaan,jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah kita dapat,sentiasa la berusaha lagi demi menjadi yang terbaik dan dalam memajukan diri sendiri,dan jangan sombong dengan setiap apa yang telah kita dapat.
baju ni la aku pakai..ceria tak mek eri.hihih |
dapat kawan baru sama-sama interview |
0 comments:
Post a Comment