Semalam aku dah janji kan nak update entri aku pergi beraya.Hari ni kitaorang konvoi pergi beraya rumah rakan sekerja sekitar kuching.Empat buah kereta semua,bunyi macam ramai je kan,tapi 8 orang semua termasuk aku.Aku dengan aisyah satu kereta,mujini dengan jess seorang satu kereta dan Dr.Ommar satu family,Dr.Ommar ni orang myanmar bekerja dekat klinik aku.Dia kali pertama beraya dekat sini,jadi kitaorang ajak dia pergi berjalan raya sekali.
Suasana raya dekat sini,bagi aku la sama macam dekat kelantan jugak,cuma yang bezanya dekat sini meriah dengan kuih raya yang pelbagai jenis.Maklum la sini kan terkenal dengan kek lapis,jadi setiap rumah memang menghidangkan kek lapis yang pelbagai corak.Selain dari tu,ada juadah sampingan lain.Memang kenyang sangat la kitaorang hari ni,mau tak kenyang pergi beraya sampai 4 buah rumah,jarak setiap rumah boleh tahan jugak la,sampai ke petang la hari ni beraya,pukul 6.30petang baru aku dengan aisyah sampai rumah.Esok sambung lagi beraya,nanti aku update lagi ya.Jom layan pic aku beraya hari ni.
|
nyum nyum nyum |
|
meriah dengan kek lapis |
|
with dr.ommar |
|
jess,aisyah,eri & mujini |
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
0 comments:
Post a Comment