Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: June 2013

Monday, 24 June 2013

Jerebu

Sekarang ni,dua tiga buah negeri di Malaysia dah dilanda jerebu,sampaikan ada sekolah yang terpaksa ditutup.Aku kt sini pun,terasa dengan cuaca yang memang sangat panas sekarang.Tiap-tiap malam tido dalam keadaan berpeluh.Bagi negeri yang dilanda jerebu, aku  harap ikut la panduan yang telah diberikan,demi kesihatan anda semua lebih terjamin.Aku sendiri,sebelum ni pernah mengalami keadaan yang berjerebu ni,tapi tak ada la seteruk seperti yang belaku sekarang.Jadi kalau tak ada urusan penting,jangan la bawa anak kecik keluar rumah ya.Pakai mask supaya korang tak sedut udara yang kotor.Bagi yang merokok tu,jangan merokok dikawasan yang berjerebu sangat berbahaya.Aku harap adik-adikku dan family ku yang lain yang berada kt KL dan Setia Alam sentiasa sabar dalam menghadapi situasi ni.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 21 June 2013

Dinner Nurses Day

Semalam ada dinner untuk nurses day bahagian daerah kuching.Semua klinik dari daerah kuching kena ikut serta la.Aku pun tak terkecuali la ikut serta,majlis dibuat dekat Kuching Park.Aku sampai majlis dah start da,sebab kitaorang lambat sikit datang.Menu semalam chinese food,ada setengah aku makan,setengah tak,sebab perut memang lapar giler,sampai masuk angin.Selera make aku pun dah terbantut.Majlis diserikan dengan lagu iban,bidayuh tapi aku tak berapa nak paham sangat.Lagi satu meja kitaorang duduk dihalang oleh tiang,x boleh tengok persembahan pun.Ada pertandingan fancy dress,klinik aku pun ada join,tahniah jm chai dapat no 3 dia semalam.

Apa pun enjoy la dengan dinner semalam.Tak sabar tunggu dinner nurses day klinik kitaorang plak,mesti lagi happening la kan.Layan la gambar aku sempat snap semalam,tak banyak gambar aku ambik,sebab tak mood sangat nak ambik gambar semalam.











tahniah jm chai



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 19 June 2013

Kerja last minute

Dari zaman sekolah bawa ke zaman kerja,aku suka sangat buat kerja last minute.Zaman sekolah,tiap kali nak upsr,pmr & spm,mesti dekat hujung papan hitam  tulis berapa hari lagi nak exam kan,kira bagi kita semangat la belajar exam nak dekat.Jenis orang cam aku, letak la besar mana pun berapa hari lagi tarikh nak exam,aku memang jenis tak heran, sebab nya aku  bukan jenis suka baca awal,sebab awal aku baca nk exam mau aku lupa.Selalunya esok nak exam,malam tu baru kelam kabut nak baca,lepas tu ada yang nota tak sempat baca mula la nak mengelabah,belum lagi yang tak paham tu.Tapi semua tu la yang mencabar kan,itu sebab la bila dah spm rasa nyesal plak x belajar betul-betul,sebab cita-cita asal aku nak jadi seorang cikgu.Tapi keputusan tak berapa cantek la nak masuk maktab,dapat masuk poli je.

Sebenarnya,bila dah terbiasa dari kecik buat benda last minute,mustahil kita dapat berubah sekelip mata,tapi tak mustahil kalau kita betul-betul nak berubah kan.Kadang-kadang tak berapa bagus buat kerja last minute ni,contoh macam sekarang ni, lusa dah nak kena antar sasaran kerja tahunan aku (SKT) dekat sister ( ketua jururawat ),tapi line slow,camne la aku nak buat terpaksa tunggu line ok,tapi bila line nak ok ni.Orang lain ada yang dah siap,aku plak bila orang tanya dah buat,nanti la buat,ni sebab nanti la line slow tak boleh nak buat.ayoyoyoyo amma appa.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 18 June 2013

Juadah Berbuka Posa

Tengok dari tajuk kt atas,mesti korang ingat aku posa (puasa) hari ni kan.Sebenarnya bukan aku yang poso tapi aisyah,my housemate aku tu la yang posa.Hari ni,aku flexi hour lagi jadi dapat balik awal sejam.Hari ni pun tak ada la penat sangat,jadi aku masak la juadah untuk aisyah make berbuka posa nanti kan.

Menu yang aku masak hari ni,ayam masak kicap guna perencah megi yang auntie cina bagi semalam.Sebenarnya,aku tak pernah guna pun perencah megi ni sebelum ni,selalu ayam masak kicap aku masak sendiri je,guna perencah tu ok la kalau korang rasa nak cepat dan jimat masa.Tapi lepas dah guna perencah tu,aku rasa ok lagi kalau kita buat sendiri,tapi lain orang lain citarasa nya kan.Menu kedua, aku buat ayam goreng celup tepung.Sebenarnya,tepung yang aku guna untuk goreng ayam ni diberi oleh kak ton,die bagi tadi tu yang aku terus buat.Tepung tu dia buat sendiri ok.Selain dari tu aku masak sayur dan ada budu+tempoyak dan juga ulam kacang.Korang make gapo la malam ni??


aye masak kicap

kubis+brokoli goreng

aye celup tepung

juadah berbuka poso ini hali la


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 17 June 2013

Berhati-hati dalam berkawan


Perangai manusia kita tak dapat nak jangka sebenarnya,sebab hati orang kita tak tau semua ni melibatkan dalaman.Berpuluh tahun kenal,belum tentu kita kenal sepenuhnya seseorang.Korang bersetuju tak dengan apa yang aku bagitau ni???.Kadang-kadang depan baik,tapi belakang mengumpat tak berenti.Bagi aku,orang yang macam ni la,yang ada masalah psikologi.Sebab semua orang tak betul,diri sendiri je betul.Selalunya orang macam ni,tak akan lekat kawan,sebab kawan baik sendiri pun dia boleh umpat.








Lagi satu,cakap tak serupa bikin.Hari ni cakap berapi-api,esoknya dia buat apa yang di cakapkan.Sebagai manusia,kita tak boleh anggap diri kita sempurna,sebab kita tak tau apa jadi belakang hari.Orang akan tengok dan perhati,jadi bila bercakap atau melakukan sesuatu jangan cakap tak serupa bikin la.Sekali ko dah mengumpat orang yang baik dengan ko,dan tak mustahil orang sekeliling ko akan menjauhkan diri,sebab orang akan perhatikan perangai kita.Jadi,jaga la perangai kita.Mungkin kita rasa dikelilingi oleh orang yang sayang kita,tapi tak mustahil suatu hari keluarga sendiri akan jauhkan diri dari kita.Banyak kawan yang aku kenal,dan banyak ragam dan perangai orang yang aku jumpa.Tak semestinya yang rapat dengan kita,adalah yang jujur dan yang boleh dipercayai,sebab dari belakang kita ditikam.Berhati-hati lah dalam berkawan,kenal hati budi,jangan mudah percayakan orang.Lagi satu bersikap jujur la dengan orang yang anda berkawan,kerana setiap perbuatan kita akan dibalas balik,mana tau nanti orang akan buat sebagaimana anda pernah lakukan.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Terasa dihargai

Alhamdulilah,hari ni isnin selalu bz,tapi hari ni kurang sikit bz,bagus la semua rakyat malaysia sihat doh kali belako.Misi-misi pun senyum la,sebab bagus semua dah pandai jaga kesihatan diri.Kalau ramai orang, misi susah hati sebab napa la ramai yang sakit.hihihi ya ke ni yang misi rasa ya????

Aku berterima kasih sangat dengan sorang relatif pesakit aku yang berbangsa cina,sebab tadi dia datang panggil aku.Ingatkan napa la dia panggil,rupanya die nak bagi sesuatu sebagai tanda terima kasih sebab jaga mak dia minggu lepas.Aku kerja tak pernah mintak balasan,tapi bila dah bagi aku sangat menghargai la,ucapan terima kasih pun dah cukup untuk aku sebenarnya.Apa pun terima kasih banyak auntie,saya doakan semua pesakit saya sentiasa sihat walafiat.Kan bagus kalau semua rakyat saling menghargai dan respek pada semua profesion.

ni la yang misi eri dapat dari auntie cina tu tadi

tq so much auntie


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 16 June 2013

Aktiviti hujung minggu

Hari ni aku dengan Aisyah keluar pergi setelkan sedikit urusan aku,lepas tu kitaorang g make dekat restoran papadome.Aku nga aisyah order nasi ayam bakar + iced lemon tea.Tapi tak habis pun make sebab aku cepat kenyang sekarang,membazir je kan.Lepas tu kak dayah ajak keluar pergi beli barang kt Giant area Tabuan,masih dalam kuching lagi la ya.

ice lemon tea
nasi ayam bakar
Lepas make aku balik dulu rumah,sebab kak dayah janji nak datang ambik kt rumah.Dah balik rumah aku nga aisyah mandi nga solat la dulu,sebab panas la cuaca kt sini dua tiga hari ni.Kt tempat korang panas gk ke?.Belum siap lagi aku nga aisyah bersiap dh bunyi hon keta dh kt luar,kak dayah nga bodyguard keciknya,sapa lagi kalau bukan acap tu,anak kak dayah pernah aku cite sebelum ni kan.Kelam kabut aku nga aisyah bersiap.


kak dayah nga body guard keciknya

Terus kitaorang gerak g Giant,dah siap beli barang, pergi pasaraya E-mart plak.Kak dayah ajak make sebab dia nga acap belum make g,jadi kitaorang singgah make kt SCR.Aku nga aisyah dah kenyang jadi order air dengan makanan yang ringan je la.Tu pun sebab kak dayah suruh order gak,ikutkan nak minum air je,ya la kan baru je lepas make.Terima kasih daun keladi kak dayah,sebab belanja make.Lainkali cakap awal-awal nk belanja make,boleh kitaorang simpan perut.hihihi.Dah siap make,kitaorang ronda dalam E-mart ,lepas tu balik,sebab aisyah tu asyik ngadu ngantuk je dia.Kak dayah hantarkan kitaorang kt rumah.Terima kasih banyak kak dayah sebab belanja kitaorang make dan ambik antar kitaorang g.Lepas solat asar je,terus aku nga aisyah tido.Memang tak elok sebenarnya tido lepas asar,tapi apa kan daya mata mengatasi segalanya,betul dop sain-sain belako?





muka budak ngantuk


ya ya mek eri membesar dengan jayanya



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 15 June 2013

Terima kasih my sahabat,Kila

Korang tengok tak dari sehari blog aku makin cantik,mungkin cantik bagi aku la kot.Sebenarnya bukan aku yang mencantikkan blog ni,tapi kawan aku yang rajin mencantikkan blog aku ni,sapa lagi kalau bukan kila.Korang boleh jengah blog die sini.Terima kasih banyak kila,sebab tolong kak eri ya,nak buat sendiri tak pandai,tau menulis jer.Kila ada bagi link suruh aku baca blog yang ajar buat pasal blog ni,tapi aku tak suka buat benda yang banyak songeh dan yang memerlukan kesabaran.Jadi merengek nga kila,nak blog cantik gak,suruh kila buat.Itu yang dia buat jugak,terima kasih banyak ya kila walaupun sibuk nga anak dan suami tapi masih lagi melayan karenah mek eri ni.


puan qyla fadhila

Kan dah dua hari aku tak update blog,tadi kila telefon pun tak dapat,sebab line maxis problem agaknya.Lepas tu aku,telefon balik, kila ingat aku deman sebab blog tak update,telefon plak tak dapat.Terima kasih kila, sebab prihatin nga kak eri.Jasamu tak terbalas,nanti buat cantik-cantik lagi ya blog ni kalau ada masa.Banyak sungguh aku permintaan aku nga dak kila ni yer.Kawan sejati ialah kawan yang sentiasa ada waktu susah dan senang.Terima kasih SAHABAT.   




tq so much kila


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Poyok

Dah dua hari dah aku tak sempat nak menjengah blog kesayangan ku ni,banyak sangat kerja kena buat.Balik dah penat,rehat terus tidur sampai tak ada masa langsung.Korang semua sihat ke???.Ke mana la hala tuju korang hari minggu ni?.Aku berehat kat rumah je,nak hilangkan penat bekerja dan bagi tubuh badan aku dapat rehat secukupnya.

Ok la, sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal tempoyak.Kalau di kelate sebut poyok,lebih kurang je bunyi,janji benda yang sama.Kenapa tetiba mek eri ni nak cerita pasal poyok plak kan.Semalam,rakan sekerja aku,hajah siah, ada bawakan poyok untuk aku.Jadi pagi ni,aku tumbuk cili kering la untuk digaul nga poyok ni.Sebab kt sini dan juga negeri kt semenanjung,poyok dieorang simpan isi durian je.Lain dengan tempat aku,sebelum ni aku ingat semua ore kelate buat poyok macam aku buat,tapi silap rupanya.Sebab tadi aku tanya kawan serumah aku,aisyah,dia dari kelate gk tapi dari daerah Gua Musang,aku plak dari daerah Tanah Merah.Aisyah cakap dia kt kelate pun simpan isi durian je.

Macam kat tempat aku,isi durian tu akan digaul dengan lada kering yang telah ditumbuk,lepas tu campur dengan sedikit gula dan garam.Dah gaul semua letak dalam botol dan simpan la.Bila dah buat macam tu,memang tak boleh digunakan lagi untuk dibuat masak tempoyak la.Kitaorang bukan kata jarang,tapi memang tak pernah buat pun masak tempoyak,tak kira la ikan ke ayam ke masak tempoyak memang tak pernah buat.Selalu memang akan makan camtu je,campur dengan budu.Tapi aku selalu la makan masak tempoyak,sebab aku memang hantu tempoyak.Bila dah ada kt negeri lain,baru tau rupanya tempoyak boleh dimasak dengan pelbagai cara.Aku dekat Perak baru makan ikan patin masak tempoyak,tapi paling suka tentu la ikan patin masak tempoyak dari negeri pahang,memang sedap sangat.Kat Sarawak ni plak,baru aku make tempoyak goreng.Aku tak tau pun tempoyak ni boleh digoreng,memang boleh masuk jugak la dengan selera aku,mungkin sebab aku ni peminat tegar poyok kot.Tapi sebenarnya,aku lebih suka make poyok style aku campur dengan budu,jadi pagi ni aku merajinkan diri aku,tumbuk lada kering untuk digaul dengan poyok,hajah siah.Cara macam ni,boleh tahan sampai setahun dua tahun,sebab nenek aku selalu buat banyak-banyak simpan dalam botol,korang jangan risau memang tahan lama,cuma yang bahagian atas je la kalau perlu buang pun.Tapi kalau kt rumah aku,memang tak sampai sebulan,sebab kitaorang adik beradik memang suka make poyok.




cili kering ditumbuk
poyok yang telah digaul dengan lada kering+gula+garam


simpan dalam bekas
ni la cara aku make poyok campur nga budu cicoh nga ulam






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 12 June 2013

Mee kuah

Malam ni rasa rajin plak nak masak,dah lama dah aku tak masak untuk bawa bekal,sebab korang tau kan aku pernah bagitau sebelum ni klinik masih lagi dalam renovation,jadi pantri pun tak ada susah nak makan tak ada tempat.Balik kerja je,buka peti ais siang ayam yang aku beli dah 2 3 hari dah, tapi malas nak masak tu biar je dalam peti.Dah rasa rajin tu,aku pun potong ayam,mee ada, fishball,kubis semua ada,rasa nak make mee kuah la plak.Aku panggil mee kuah,tapi setengah orang mungkin panggil mee sup je kot,sebab macam sup jer pun.

Apa lagi potong semua barang siap-siap,letak tepi nanti senang korang nak masak.Barang-barang yang aku maksudkan ialah ayam,ayam ni plak aku lebih suka bahagian tulang nga kaki sebab lgi manis kalau kita letak bahagian tulang.Barang lain seperti bawang putih,bawang besar,tomato,fishball,batang goreng,crabstick,kubis,cili,dan yang paling penting mee la kan.Lupa plak,lada hitam pun aku letak gak,tapi kena tumbuk dulu la lada hitam tu,jangan letak banyak sangat korang agak-agak je la.Tu pun kalau rasa nak masak mee kuah cam aku ni la.

bawang besar,bawang putih,cili,tomato & kubis

fishball & batang goreng,crabstick lupa nak snap pic
aye oh aye
lada hitam

paling penting mee kuning
Lepas dah prepare semua barang,aku panaskan kuali,tumis bawang putih.Bau dah naik,masukkan ayam,biar air ayam kuar,masukkan lada hitam yang dah ditumbuk,pastu masukkan air,biar mengelegak masuk la garam gula semua tu.Lepas tu korang masukkan la fishball,kubis dengan bahan-bahan lain tu semua.Biar mengelegak tutup je la.Aku lebih suka masak campur mee siap-siap dalam kuah tu,tapi sebab masak banyak tadi takut tak habis,aku rebus je la mee kan dah campur semua takut kembang plak kan.

dah siap dah pun mee kuah
jemput make la belako
Ok la,ngantuk dah aku dari tadi tunggu line internet slow sangat-sangat,kalau tak dari tadi lagi dah boleh post entri.Aku tak suka entri yang tak bergambar,sanggup tunggu walaupun mata ngantuk sebab nak tunjuk mee kuah aku kt korang semua.Jom tidur belako.Bye-bye.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 11 June 2013

Rindu bah dengan ko mira

Aku baru je lepas call jamira jabir,kawan baik aku masa belajar kt kolej Mahsa,pernah aku cerita sebelum ni pasal dia korang klik sini memang rindu sangat-sangat dengan dia.Rasa nak nangis je dengar suara dia tadi.Tak boleh nak cakap lama sebab dia tengah kerja,tapi tak apa la sekurangnya dah lepas rindu.Kila dengan yang lain jangan cemburu plak ya,kak eri pun rindu gak nga korang cuma malam ni teramat rindu dengan mira.

jamira jabir
Mira seorang kawan yang sangat baik ,kalau aku tak boleh tidur, dia akan bangun dan tidurkan aku,sambil tepuk-tepuk  macam aku ni baby tapi aku baby besar.hahaha.Aku sakit perut sengugup,dia akan urut sampai aku rasa selesa baru dia berenti,tak pernah merungut, yang special dia urut sampai dalam pusat,pelik tapi itu yang dia selalu buat.Kalau aku ngantuk awal,penat sampai tak larat nk buat rutin aku sebelum tido,dulu aku rajin sapu halia bara dengan pakai bedak sejuk,aku pesan siap-siap tolong pakaikan untuk aku kalau nak tidur,bangun pagi esok muka aku dah ada bedak sejuk,baik sangat kan dia.Aku deman,dia akan basuh semua baju aku,paling aku terharu semasa aku period,tak pernah kenal erti kotor dia sanggup basuh barang aku yang dipenuhi darah period,masa tu aku deman la.Kalau tak deman aku basuh sendiri ya.



jalan-jalan kota bharu

jalan-jalan perak

bukit grik
Dia jugak sanggup  siapkan kerja orang lain dulu,walaupun kerja dia sendiri tak siap,dan tak pernah sekali pun aku dengar dia merungut.Tapi yang aku tak tahan dia memang kaki shoping,sampai ke tengah malam dia sanggup shopping.Selalu aku keluar dengan dia,dia akan cari tempat duduk siap-siap untuk aku tunggu dia habis shopping.Sebab aku jenis tak berapa suka sangat shoping,jenis aku berkenan ambik bayar,mira plak suka survey sebelum beli.Dia tau aku suka membebel,jadi dari dengar aku membebel,dia carikan aku tempat duduk.Lagi satu,dengan dia aku boleh tegur dan bagi nasihat kt dia, sebab dia tak pernah ambik hati dengan setiap teguran aku,dan boleh tahan dengan apa yang aku bebelkan. Aku suka naik angin dengan kurang sabar,dia selalu akan buat benda yang aku tak suka buat supaya aku tak naik angin.


rindu sangat ..:(


ndak tau bila ba dapt jmpa ko ni
Aku selalu berdoa supaya dapat kerja sekali dengan dia,tapi mungkin ada hikmah segalanya,dia dapat kerja di negeri nya sendiri Sabah di bawah bayu,dan aku bekerja berjiran dengan negeri nya.Susah untuk cari kawan sebaiknya,dan aku sangat rindukan keletahnya.Seorang kawan yang tak pernah merungut dan sentiasa ikhlas setiap apa yang dilakukan.Jangan tak tau orang sabah ni dah pandai kecek kelate nga nyanyi lagu dikir barat,tapi sekarang entah ingat lagi ke tak dah mira ni.Mood : rindu mira sangat-sangat la. Bila boleh jupo ni?
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner