Dah dua hari dah aku tak sempat nak menjengah blog kesayangan ku ni,banyak sangat kerja kena buat.Balik dah penat,rehat terus tidur sampai tak ada masa langsung.Korang semua sihat ke???.Ke mana la hala tuju korang hari minggu ni?.Aku berehat kat rumah je,nak hilangkan penat bekerja dan bagi tubuh badan aku dapat rehat secukupnya.
Ok la, sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal tempoyak.Kalau di kelate sebut poyok,lebih kurang je bunyi,janji benda yang sama.Kenapa tetiba mek eri ni nak cerita pasal poyok plak kan.Semalam,rakan sekerja aku,hajah siah, ada bawakan poyok untuk aku.Jadi pagi ni,aku tumbuk cili kering la untuk digaul nga poyok ni.Sebab kt sini dan juga negeri kt semenanjung,poyok dieorang simpan isi durian je.Lain dengan tempat aku,sebelum ni aku ingat semua ore kelate buat poyok macam aku buat,tapi silap rupanya.Sebab tadi aku tanya kawan serumah aku,aisyah,dia dari kelate gk tapi dari daerah Gua Musang,aku plak dari daerah Tanah Merah.Aisyah cakap dia kt kelate pun simpan isi durian je.
Macam kat tempat aku,isi durian tu akan digaul dengan lada kering yang telah ditumbuk,lepas tu campur dengan sedikit gula dan garam.Dah gaul semua letak dalam botol dan simpan la.Bila dah buat macam tu,memang tak boleh digunakan lagi untuk dibuat masak tempoyak la.Kitaorang bukan kata jarang,tapi memang tak pernah buat pun masak tempoyak,tak kira la ikan ke ayam ke masak tempoyak memang tak pernah buat.Selalu memang akan makan camtu je,campur dengan budu.Tapi aku selalu la makan masak tempoyak,sebab aku memang hantu tempoyak.Bila dah ada kt negeri lain,baru tau rupanya tempoyak boleh dimasak dengan pelbagai cara.Aku dekat Perak baru makan ikan patin masak tempoyak,tapi paling suka tentu la ikan patin masak tempoyak dari negeri pahang,memang sedap sangat.Kat Sarawak ni plak,baru aku make tempoyak goreng.Aku tak tau pun tempoyak ni boleh digoreng,memang boleh masuk jugak la dengan selera aku,mungkin sebab aku ni peminat tegar poyok kot.Tapi sebenarnya,aku lebih suka make poyok style aku campur dengan budu,jadi pagi ni aku merajinkan diri aku,tumbuk lada kering untuk digaul dengan poyok,hajah siah.Cara macam ni,boleh tahan sampai setahun dua tahun,sebab nenek aku selalu buat banyak-banyak simpan dalam botol,korang jangan risau memang tahan lama,cuma yang bahagian atas je la kalau perlu buang pun.Tapi kalau kt rumah aku,memang tak sampai sebulan,sebab kitaorang adik beradik memang suka make poyok.
|
cili kering ditumbuk |
|
poyok yang telah digaul dengan lada kering+gula+garam |
|
simpan dalam bekas |
|
ni la cara aku make poyok campur nga budu cicoh nga ulam |
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
0 comments:
Post a Comment