Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: Sebulan sudah

Monday, 10 June 2013

Sebulan sudah

Alhamdulilah hari ni genap sebulan aku berblogging,terima kasih tak terhingga aku ucap kan kepada semua yang sudi menjengah ruang blog aku yang tak seberapa ni.Pada saat aku menulis entri ni,sudah 1128 yang menjengah blog aku.Terima kasih banyak ya, kt korang sudi baca apa yang aku mengomel setiap hari,dan terima kasih jugak pada kawan-kawan yang kena paksa dengan aku supaya baca blog aku ni,paksa rela kena baca kan.Tipu aku cakap dah baca,tapi kena soal siasat lagi dengan aku apa entri yang aku tulis,tu la nak menipu lagi kan kena baca betul dah.kihkihkih.




Ada jugak kawan yang jauh dimata dekat dihati,bagi komen bagus aku tulis blog ni sebab boleh tau aktiviti aku seharian kan.Aku pun memang suka menulis,jadi aku sendiri rasa enjoy dengan setiap penulisan ku.Bagi yang singgah tapi tak suka,aku tak paksa korang sebagaimana aku paksa kawan-kawan aku,sebab aku masih lagi berhati perut.Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta kan,jadi selamat berkenalan la pada kawan-kawan blogging aku sekalian.Kalau ada apa-apa nk komen,korang tinggal je la kt ruang komen ya,nanti aku boleh baiki lagi penulisan aku ni.Saya budak baru belajar,kalau ada salah mintak tolong ajar la ya.Sayang korang semua ( opss sorri budget artis lew plak mek eri ni )

happy sangat




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner