Aku baru je lepas call jamira jabir,kawan baik aku masa belajar kt kolej Mahsa,pernah aku cerita sebelum ni pasal dia korang klik
sini memang rindu sangat-sangat dengan dia.Rasa nak nangis je dengar suara dia tadi.Tak boleh nak cakap lama sebab dia tengah kerja,tapi tak apa la sekurangnya dah lepas rindu.Kila dengan yang lain jangan cemburu plak ya,kak eri pun rindu gak nga korang cuma malam ni teramat rindu dengan mira.
|
jamira jabir |
Mira seorang kawan yang sangat baik ,kalau aku tak boleh tidur, dia akan bangun dan tidurkan aku,sambil tepuk-tepuk macam aku ni baby tapi aku baby besar.hahaha.Aku sakit perut sengugup,dia akan urut sampai aku rasa selesa baru dia berenti,tak pernah merungut, yang special dia urut sampai dalam pusat,pelik tapi itu yang dia selalu buat.Kalau aku ngantuk awal,penat sampai tak larat nk buat rutin aku sebelum tido,dulu aku rajin sapu halia bara dengan pakai bedak sejuk,aku pesan siap-siap tolong pakaikan untuk aku kalau nak tidur,bangun pagi esok muka aku dah ada bedak sejuk,baik sangat kan dia.Aku deman,dia akan basuh semua baju aku,paling aku terharu semasa aku period,tak pernah kenal erti kotor dia sanggup basuh barang aku yang dipenuhi darah period,masa tu aku deman la.Kalau tak deman aku basuh sendiri ya.
|
jalan-jalan kota bharu |
|
jalan-jalan perak |
|
bukit grik |
Dia jugak sanggup siapkan kerja orang lain dulu,walaupun kerja dia sendiri tak siap,dan tak pernah sekali pun aku dengar dia merungut.Tapi yang aku tak tahan dia memang kaki shoping,sampai ke tengah malam dia sanggup shopping.Selalu aku keluar dengan dia,dia akan cari tempat duduk siap-siap untuk aku tunggu dia habis shopping.Sebab aku jenis tak berapa suka sangat shoping,jenis aku berkenan ambik bayar,mira plak suka survey sebelum beli.Dia tau aku suka membebel,jadi dari dengar aku membebel,dia carikan aku tempat duduk.Lagi satu,dengan dia aku boleh tegur dan bagi nasihat kt dia, sebab dia tak pernah ambik hati dengan setiap teguran aku,dan boleh tahan dengan apa yang aku bebelkan. Aku suka naik angin dengan kurang sabar,dia selalu akan buat benda yang aku tak suka buat supaya aku tak naik angin.
rindu sangat ..:(
|
ndak tau bila ba dapt jmpa ko ni |
Aku selalu berdoa supaya dapat kerja sekali dengan dia,tapi mungkin ada hikmah segalanya,dia dapat kerja di negeri nya sendiri Sabah di bawah bayu,dan aku bekerja berjiran dengan negeri nya.Susah untuk cari kawan sebaiknya,dan aku sangat rindukan keletahnya.Seorang kawan yang tak pernah merungut dan sentiasa ikhlas setiap apa yang dilakukan.Jangan tak tau orang sabah ni dah pandai kecek kelate nga nyanyi lagu dikir barat,tapi sekarang entah ingat lagi ke tak dah mira ni.Mood : rindu mira sangat-sangat la. Bila boleh jupo ni?
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
0 comments:
Post a Comment