Friday, 31 May 2013
Tahniah umi
Kawan aku merangkap adik aku yang comey masa belajar dulu kt Mahsa kolej,Wan Ummi Akma a.k.a Umi dah pun selamat di ijab kabul dengan buah hati pengarang jantung nya.Tahniah Umi,semoga kekal bahagia.Kak Eri doakan Umi bahagia selalu,tok se ( tak nak ) baloh deh.Pikul tanggungjawab dengan sempurna.
Tunggu Kak Eri balik kelate kito jupo ya dik umi.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Wednesday, 29 May 2013
Pinjam meminjam bukan amalan kita !!!!!
Pernah tak korang meminjam,dan pernah tak bagi pinjam kat orang???.Aku sebenarnya tak berapa suka la amalan ni,kalau pinjam bagi balik tak ada masalah.Yang jadi masalah sekarang,dah pinjam tak bagi balik itu yang aku hangin.
Bila sampai waktu gaji,mesti semua orang seronok kan.Tapi aku tak berapa seronok,aku cukup fobia tiap kali gaji.Nak tau kenapa aku fobia dengan hari gaji?.Sebab ni la,ada sesetengah orang yang akan mesej nak pinjam duit.Aku tak kesah bagi pinjam,tapi kalu dah setiap bulan nak pinjam,tapi tak reti bayar balik,sapa tak bengang kan.Tahap kesabaran aku boleh sabar lagi,tapi bulan ni aku dah naik bengang tahap gaban dah,setiap kali nak pinjam bagi alasan,mak nenek datuk semua kaum kerabat la sakit.Tolong la jangan sesekali gunakan alasan saudara kita sakit,sebab ianya satu doa sebenarnya.Lepas tu tak faham bahasa,dah cakap tak ada duit,nak juga kita bagi seberapa banyak yang kita ada,boleh plak suruh bank in waktu tu jugak,macam aku plak yang berhutang.Aku betul-betul dah stress,saat ini pun aku masih lagi stress,sebab tu ayat aku tunggang langgang.
Aku ni kerja memang untuk dieorang ke apa,hujung bulan tak ada plak nak mesej aku.Waktu dan saat ini,aku cukup-cukup kenal sapa kawan waktu susah,sapa kawan waktu senang.Selagi boleh elak dari berhutang,tolong la jangan berhutang.Boleh hutang tapi bayar la balik.Hutang wajib dibayar,walau tidak dituntut.

Tuesday, 28 May 2013
cik misi deme
Dari tajuk pun mesti korang dah tau kan,dari semalam g aku deme ( deman ).Sebab tu tak dapat nk buat entri, semalam aku betul-betul penat nga tak larat.Alhamdulilah hari ni dah ok sikit dh,eh dah ok banyak kot,sebab aku dah ada selera make doh pun.Aku dok batuk dah banyak hari dah sebenarnya,tapi yang betul-betul teruk semalam la,sampai terpaksa ambik mc,terus Aisyah hantar aku balik waktu tengahari,terima kasih banyak misi aisyah.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
comey warna ubat yang berwarna-warni |
medical certificate |
budak deme ( gedik sempat posing kn ) |
Hari ni,bangun pagi kepala aku berpusing lagi tak boleh buka mata,buka je mata mesti semua objek berpusing,terpaksa masuk lambat kerja.Alhamdulilah aku bersyukur sangat sebab dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat baik dan begitu mengambil berat.Terima kasih tak terhingga untuk my roomate,aisyah,Mak Bedah yang begitu prihatin,bawa bekal spagheti untuk aku hari ni,terima kasih yer mak.Dan rakan-rakan sekerjaku kt KKJM ( Klinik Kesihatan Jalan Masjid ).Maaf ramai sangat,tak tersebut nama semua orang.Rasa terharu sangat sebenarnya,sebab tu aku yang tak berapa suka make ubat ni gagahkan diri gak telan ubat,sebab nak bagi cepat sembuh.Dan dapat kerja seperti biasa,kesian jugak dengan kawan-kawan sebab pesakit ramai,kawan-kawan lain pun ramai yang tak berapa sihat.
Korang semua pun jaga lah kesihatan diri ya,banyakkan minum air suam,hihi nasihat orang pandai,aku semalam bergelas-gelas air coke aku minum.
tq mak bedah bawa spageti |
make dgn misi aisyah |
Korang semua jaga makan & jaga kesihatan ya.Sekarang musim deman,sebab cuaca tak berapa elok.Rakyat sihat,negara maju.Ayuh majukan negara semua.
Sunday, 26 May 2013
Pasport Blue
Korang semua tau tak,kalu nak kerja kt Sarawak kena buat pasport.Kalau kita orang semenanjung,boleh tinggal kt sini 90 hari,nak tinggal lebih lama atau kerja sini kena buat pasport biru,maksudnya pasport tu sah dalam negeri sahaja.Korang jangan tanya banyak dengan aku,sebab kenapa dalam negeri pun kena buat pasport,sebab aku sendiri pun tak berapa tau.Ini yang kawan-kawan aku cerita la,ini perjanjian sebelum Sarawak masuk dalam Malaysia.Jadi perjanjian tu masih diguna pakai sampai sekarang.Orang Sarawak nak ke semenanjung tak payah buat pasport,cuma yang semenanjung sahaja kena buat pasport,itu pun kalau nak tinggal lebih dari 90 hari kt sini la.Kira ni perjanjian zaman nenek moyang lagi la.Ini bukan pasport antarabangsa tau,ni pasport dalam negeri sahaja.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Dekat airport Kuching,turun je flight dalam terminal,korang kena pergi kaunter kastam dulu,sebab kastam akan rekod tarikh korang masuk & keluar dari Sarawak.Jadi dari situ pihak kastam akan tau la sesiapa yang tak ada pasport tinggal lebih 90 hari.Aku bagitau awal-awal sebab masa datang dulu aku tak tau pun prosedur yang betul,dah datang sini baru tau.Jadi aku kena setelkan pasport semua sebelum masuk kerja,tapi korang jangan risau sebab kita di beri masa selama 90hari.Jadi dalam tempoh tu kalau korang nak buat pasport boleh la buat.Aku harap apa yang aku bagitau ni,dapat dijadikan panduan kepada kawan-kawan yang nak datang atau dihantar bekerja ke Sarawak nanti.
Make gulai lagi
Hari ni aku memenuhi jemputan Kak Ton ke rumah mak mertua nya,kenduri anak buah Kak Ton.Kenduri dekat Kampung Buntal.Aku gerak dengan Aisyah dalm pukul 12.30 tengahari.Ikutkan dah lewat sangat dah,aku ada cerita kan sebelum ni,yang kenduri dekat sini start pagi.Kalau kita semenanjung,pukul 12 tengahari tetamu baru start datang .Lain negeri,lain adatnya,jadi kita kena sesuaikan tempat dan ikut adat setiap negeri.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
sempat posing sebelum pergi |
let's go |
Tadi aku dengan Aisyah sampai lebih kurang pukul 1 tengahari,kalau tak silap la.Kak Ton terus ajak makan.Dia cakap makanan ni di masak oleh kumpulan yang paling best kt town tu.Aku macam excited sikit la,terus makan dan memang betul pun,makanan yang dihidangkan semua sedap.Tak rugi aku simpan perut kosong dari pagi.hihihi.Belum habis makan hujan turun dengan lebat la plak,lg rancak la aku makan,Aisyah sampai lencun tudung dia.Itu la pasal pergi makan bekwoh akhir sangat kan.Pengajaran kt sini pergi ikut waktu yang ditetapkan oleh tuan umah.Dengan pengantin pun tak sempat bergambar,sebab dieorang dah keluar untuk shoot gambar outdoor.
Tema pengantin biru,dan aku pergi memang ikut tema la,sebab dah tengok blog Kak Ton semalam,jadi saja mengedik aku pun nak pakai biru jugak hari ni.Lepas dah ambik gambar pelamin semua,Kak Ton ajak pergi rumah mak mertua dia,sebelah rumah pengantin jer,bak kata orang kentut pun dengar,begitu la dekat nya rumah dieorang.Nak balik tak dapat sebab hujan masih lagi lebat,jadi duduk menyembang la.Aku paling suka pergi kenduri dekat rumah,sebab lepas makan boleh duduk berborak bersuai kenal dengan tuan rumah.Kalau buat dekat hotel atau dewan,lepas makan terus kita balik,kemesraan antara satu sama lain kurang di rasai.
Ok la dah banyak aku mengomel dah ni,waktu asar pun dah masuk.Jumpa lagi korang.
tq Kak Ton hantar kitaorang sampai ke keta |
mek eri & mek aisyah |
Saturday, 25 May 2013
Kak Cheq Nikoh
Tanggal 25 Mei 2013,my bestfriend aku Karlilisuyani Bt Ishak a.k.a Kak Cheq sah bergelar isteri kepada Bang Sudin.Aku gembira tapi dalam masa yang sama aku sedih sangat,sebab tak dapat pulang menyaksikan hari berbahagia kawanku.Kami berkawan dari sekolah rendah lagi,sekampung & cikgu sering tertukar ingatkan aku dengan Kak Cheq kembar.Memang dia kawan yang paling aku rapat dan aku sayang.Rasa sedih jugak kawan baik dah jadi wife orang dah.Bang Sudin jaga Kak Cheq elok-elok ya.
Petang tadi aku telefon,semua kawan-kawan berkumpul rumah Kak Cheq,aku sorang je yang tak ada.Tapi tak apa la,sain-sain aku ada hantar gambar Kak Cheq untuk aku, jadi terubat jugak rasa hati dapat tengok.Sebenarnya lucu pun ada,tengok Kak Cheq dalam baju pengantin,tok seko (tak sangka) la sain aku nikoh doh.Sebenarnya,aku berkawan baik 7 orang,dan aku dengan Kak Cheq je perempuan,5 orang lagi lelaki.Tapi lucu jugak bila ingat telatah sain-sain laki aku tak bagi aku kahwin sebab nanti dah jadi bini orang,tak dapat lepak sama-sama lagi.Hubungan kitaorang pun dah macam adik-beradik.Susah nak cari sain susah senang bersama ni.Kalau sain masa sene (senang) tak payah cakap la berlambak.
Apa pun selamat pengantin baru cheq,semoga kekal ke akhir hayat dengan Bang Sudin.Semoga cepat dapat anak ya.Lepas ni turn aku plak.hihihi.Mood kawen sekarang.Alamak terlebih sudah .
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Karlilisuyani a.k.a Kak Cheq |

Pengantin sempoi |
Tahniah dah jadi laki bini dah |
suko nyo Bang Sudin |
Pengantin songsang Mat Lok & Aje. hihihi |
Benign Prostate Hyperplasia ( BPH )
Aku rasa bersalah pulak kalau tak bagitau korang pasal Benign Prostat Hyperplasia ( BPH ).Kan dalam entri sebelum ni aku ada cakap, klinik aku ada buat program ni.Aku bagitau la korang sedikit info mengenai BPH ni ya.Sebab tak semua kawan-kawan aku dari bidang medical.
Apa itu Benignprostatic hyperplasia (BPH)?
>Kerosakanbuahpinggang akibattekanan air kencing yang meningkat atau
air kencing yang tidakboleh mengalir sempurna
>Jangkitanpundi kencing
>Kejadianbatu karang kerana air kencing yang lama tidak dibuang
>Rasa tidak selesa keranapundi kencing yang penuh.
> Menganggu fungsi dan kawalan pundi kencing
Apa itu kanser prostat ?
Aku harap korang dah faham la sedikit sebanyak pasal BPH ni ya.Best dapat kongsi ilmu dengan ramai orang,jangan kedekut dengan ilmu yang kita ada ya.Selamat membaca.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Apa itu Benignprostatic hyperplasia (BPH)?
- Pembengkakkan akibat BPH tidak diketahuai dengan tepat, tetapi banyak berpendapat ia ada kaitan dengan perubahan hormon yang berlaku pada seseorang lelaki yang meningkat usia. Ia bukan kanser, tetapi merupakanmasalah yang sering menganggu lelaki lanjut usia. Begitupun ia tidak mungkin boleh menyebabkan kanser prostatBPH yang besar (mungkin sebesar telur ayam kampung) boleh memudaratkan lagi masalah seperti yang telah disebut diatas.
- Masalah yang berpanjangan boleh menyebabkan
>Kerosakanbuahpinggang akibattekanan air kencing yang meningkat atau
air kencing yang tidakboleh mengalir sempurna
>Jangkitanpundi kencing
>Kejadianbatu karang kerana air kencing yang lama tidak dibuang
>Rasa tidak selesa keranapundi kencing yang penuh.
> Menganggu fungsi dan kawalan pundi kencing
Apa itu kanser prostat ?
- Kelenjar prostat boleh bertukar menjadi kanser baik secara sendirian ataupun ekoran perebakan sel-sel kanser dari organ berhampiran,seperti kanser rectum,kanser colon dan kanser pundi kencing.Walaupun insidennya tidak tinggiseperti mana BPH - iaitu sekitar 20-30 peratus, namun masalah kanser prostat sangat serius kerana apabila iamerebak, kesan kemusnahan setempat amat serius dan menyukarkan rawatan. Kira-kira 60%kanser prostat didapati berlaku secara bersendirian dan setempat.
Popular Posts
-
Tengok dari tajuk,korang agak la apa benda maksud ayat tu?.Mula-mula sekali aku tengok ayat tu,aku ingat ucapan selamat hari guru,tapi terny...
-
Asalamualaikum sain-sain belako ter,wt gapo eh belako,make doh ko???.Esok cuti sebab hari wesak,ni yang untung tinggal kt Malaysia ni.Malays...
-
Korang pernah dengar tak mee celup,kalau tanyo orang kelate menipu la tak tau,sebab mee celup memang famous kat kelate.Aku rasa memang tak a...