Dekat airport Kuching,turun je flight dalam terminal,korang kena pergi kaunter kastam dulu,sebab kastam akan rekod tarikh korang masuk & keluar dari Sarawak.Jadi dari situ pihak kastam akan tau la sesiapa yang tak ada pasport tinggal lebih 90 hari.Aku bagitau awal-awal sebab masa datang dulu aku tak tau pun prosedur yang betul,dah datang sini baru tau.Jadi aku kena setelkan pasport semua sebelum masuk kerja,tapi korang jangan risau sebab kita di beri masa selama 90hari.Jadi dalam tempoh tu kalau korang nak buat pasport boleh la buat.Aku harap apa yang aku bagitau ni,dapat dijadikan panduan kepada kawan-kawan yang nak datang atau dihantar bekerja ke Sarawak nanti.
Sunday, 26 May 2013
Pasport Blue
Korang semua tau tak,kalu nak kerja kt Sarawak kena buat pasport.Kalau kita orang semenanjung,boleh tinggal kt sini 90 hari,nak tinggal lebih lama atau kerja sini kena buat pasport biru,maksudnya pasport tu sah dalam negeri sahaja.Korang jangan tanya banyak dengan aku,sebab kenapa dalam negeri pun kena buat pasport,sebab aku sendiri pun tak berapa tau.Ini yang kawan-kawan aku cerita la,ini perjanjian sebelum Sarawak masuk dalam Malaysia.Jadi perjanjian tu masih diguna pakai sampai sekarang.Orang Sarawak nak ke semenanjung tak payah buat pasport,cuma yang semenanjung sahaja kena buat pasport,itu pun kalau nak tinggal lebih dari 90 hari kt sini la.Kira ni perjanjian zaman nenek moyang lagi la.Ini bukan pasport antarabangsa tau,ni pasport dalam negeri sahaja.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Popular Posts
-
Tengok dari tajuk,korang agak la apa benda maksud ayat tu?.Mula-mula sekali aku tengok ayat tu,aku ingat ucapan selamat hari guru,tapi terny...
-
Asalamualaikum sain-sain belako ter,wt gapo eh belako,make doh ko???.Esok cuti sebab hari wesak,ni yang untung tinggal kt Malaysia ni.Malays...
-
Korang pernah dengar tak mee celup,kalau tanyo orang kelate menipu la tak tau,sebab mee celup memang famous kat kelate.Aku rasa memang tak a...
0 comments:
Post a Comment