Erieyz Corner EriEyz cOrnEr: Program Hujung Minggu

Sunday, 19 May 2013

Program Hujung Minggu


Salam hujung minggu sain-sain belako.Sekejap je rasa,esok dah isnin.Semalam aku ada bagitau kan,yang aku ada program hari ni.Pukul 7pagi,aku dengan Aisyah dah bergerak ke tempat yang dijanjikan,sebelum kitaorang konvoi beramai-ramai ke Taman Makmur.Sebenarnya,program hari ni ialah Program Pemeriksaan Pap Smear Percuma dari Jabatan Kesihatan.Klinik aku bergabung dengan KKIA Gita.Klinik kitaorang melakukan NCD,dan KKIA Gita melakukan pap smear.Tugas aku untuk cek tekanan darah (blood pressure ) penduduk yang datang.

Sambutan menggalakan,ramai yang datang untuk melakukan pemeriksaan.Sekiranya,ada yang bermasalah kami menyuruh pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.Ramai yang tidak pergi ke klinik atau hospital sekiranya tidak sakit.Jadi program macam ni la,yang boleh membuka mata rakyat supaya mementingkan kesihatan dan penjagaan diri.















kkjm vs kkia gita
Tema baju kitaorang dari KKJM ( klinik kesihatan jalan masjid ) pakai baju oren,memang ceria warna tu kan.Aku semalam baru g beli baju tu.KKIA Gita pakai baju warna biru.Program kitaorang tamat jam 12 tengahari.Masing-masing muka dah penat,tapi seronok sebab dapat memberi khidmat kepada penduduk setempat.
otw ke lokasi





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

Popular Posts

 
Copyright © . All Right Reserved by Erieyz Corner